Ahad, 7 Julai 2013

Air Minuman Barbican – Halal Atau Haram?





Sebenarnya teringin jugak aku nak minum air minuman barbican ni sebab nampak macam sedap jer. Tapi masih was-was dengan status halal haramnya. Kalau was-was, orang kata lebih baik jangan minum. Barbican ni takde tanda halal kat botol dia, tapi kalau kat 7 eleven tu dia jual dekat minuman yang halal. Maknanya takde la letak sama dengan air arak. Khairul Fahmi pun pernah kena tuduh minum air arak disebabkan minuman ni.



Oleh kerana semangat ingin tahu mengenai status air minuman barbican ni, aku pun buat la sedikit kajian. Adakah penerangan oleh seorang pakar di bawah ini mengatakan barbican sebenarnya halal? Boleh la pergi beli kat 7 eleven lepas ni, hehe. Perisa mana yang sedap? Rasberry, Apple, Lemon, Strawberry, Pine, Apple, Peach atau Malt.
update:
Sijil Halal Barbican
- See more at: http://ezany-kun.com/air-minuman-barbican-halal-atau-haram/#sthash.lsEtlLEN.dpuf



sijil halal barbican                                             

sijil halal barbican

Ulasan daripada seorang pakar
Name: Ahmad Jailani Abdul Ghani
Qualifications: Doctoral research scholar in Islamic Banking & Finance in Durham University, England. 12 years as senior advocate & solicitor, shari’ah practitioner and part-time lecturer.
Blog: www.ustjai.wordpress.com
Berdasarkan website Answers.com, perkataan “beer” diberikan definisi berikut:-
a) A fermented alcoholic beverage brewed from malt and flavored with hops.
b) A fermented beverage brewed by traditional methods that is then dealcoholized so that the finished product contains no more than 0.5 percent alcohol.
c) A carbonated beverage produced by a method in which the fermentation process is either circumvented or altered, resulting in a finished product having an alcohol content of no more than 0.01 percent.
Jika berdasarkan takrif di atas, bermakna “bir” tetap mempunyai alcohol sekurang-kurangnya 0.01 peratus. Adakah ia tetap haram? Bagaimana pula “Root Beer” yang dijual oleh A&W? Ramai di kalangan kita yang meminumnya dan yakin sekian lama sebagai “halal”.
Berdasarkan laporan Gufnews.com bertarikh 13 April 2008, menunjukkan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengharuskan minuman yang mempunyai alkohol dengan kuantiti kecil yang tidak memabukkan. Namun, sebagaimana biasa, ia tetap mengundang kontroversi di kalangan ulama di Qatar.
Al-Qaradawi mengatakan bahawa minuman yang mempunyai alcohol sebanyak 5/1000 or 0.5% adalah dibenarkan dalam Islam. Beliau yang juga Pengerusi “International Organisation of Islamic Jurists” mengatakan bahawa ia dibenarkan kerana kuantiti alcohol yang kecil itu tidak menyebabkan mabuk. Tetapi bagi Al-Qaradawi, syaratnya ialah alcohol tersebut terhasil secara semula jadi (natural fermentation or anaerobic conversion). Ini kerana, jumlah alcohol sebanyak 5/1000 atau 0.5% di dalam minuman, adalah terlalu kecil dan tidak signifikan untuk menjadikan minuman itu haram, apatah lagi jika ia (alcohol) itu dihasilkan secara semula jadi dan tidak melalui proses campuran pembuatan oleh kilang atau seumpamanya.
Fatwa tersebut telah dikeluarkan oleh Al-Qaradawi berikutan banyaknya pertanyaan daripada masyarakat tentang perlambakan minuman tenaga dan makanan yang mengandungi alcohol dalam kuantiti yang kecil di pasaran.



Biasalah masyarakat kita, terlalu sibuk dengan isu minuman atau makanan beralkohol (mungkin kerana kesedaran beragama atau lebih kepada adat?), tetapi bila kita maklumkan kepada mereka bahawa “tapai” (orang Kelantan suka makan) pun ada alcohol (ethanol) mulut mereka pun ternganga… Hmmm.
Sekian.

harga minuman ni RM3.OO kalau nak beli pergi 7 eleven

Oleh kerana semangat ingin tahu mengenai status air minuman barbican ni, aku pun buat la sedikit kajian. Adakah penerangan oleh seorang pakar di bawah ini mengatakan barbican sebenarnya halal? Boleh la pergi beli kat 7 eleven lepas ni, hehe. Perisa mana yang sedap? Rasberry, Apple, Lemon, Strawberry, Pine, Apple, Peach atau Malt.
update:
Sijil Halal Barbican
- See more at: http://ezany-kun.com/air-minuman-barbican-halal-atau-haram/#sthash.UqCHlWeW.dpuf
Oleh kerana semangat ingin tahu mengenai status air minuman barbican ni, aku pun buat la sedikit kajian. Adakah penerangan oleh seorang pakar di bawah ini mengatakan barbican sebenarnya halal? Boleh la pergi beli kat 7 eleven lepas ni, hehe. Perisa mana yang sedap? Rasberry, Apple, Lemon, Strawberry, Pine, Apple, Peach atau Malt.
update:
Sijil Halal Barbican
- See more at: http://ezany-kun.com/air-minuman-barbican-halal-atau-haram/#sthash.UqCHlWeW.dpuf
Oleh kerana semangat ingin tahu mengenai status air minuman barbican ni, aku pun buat la sedikit kajian. Adakah penerangan oleh seorang pakar di bawah ini mengatakan barbican sebenarnya halal? Boleh la pergi beli kat 7 eleven lepas ni, hehe. Perisa mana yang sedap? Rasberry, Apple, Lemon, Strawberry, Pine, Apple, Peach atau Malt.
update:
Sijil Halal Barbican
- See more at: http://ezany-kun.com/air-minuman-barbican-halal-atau-haram/#sthash.UqCHlWeW.dpuf
Oleh kerana semangat ingin tahu mengenai status air minuman barbican ni, aku pun buat la sedikit kajian. Adakah penerangan oleh seorang pakar di bawah ini mengatakan barbican sebenarnya halal? Boleh la pergi beli kat 7 eleven lepas ni, hehe. Perisa mana yang sedap? Rasberry, Apple, Lemon, Strawberry, Pine, Apple, Peach atau Malt.
update:
Sijil Halal Barbican
- See more at: http://ezany-kun.com/air-minuman-barbican-halal-atau-haram/#sthash.UqCHlWeW.dpuf

Sabtu, 15 Jun 2013

Pelik! Tasik Berwarna Merah Jambu Di Afrika

Kebiasaannya kita melihat pemandangan di sesebuah tasik mempunyai air yang jernih. Namun tidak kepada Tasik Retba yang terletak Senegal ini, kerana kandungan airnya adalah berwarna merah jambu.

Sebuah tasik yang dikenali sebagai Tasik Retba yang terletak di Senegal, Afrika Barat ini bukan sahaja kelihatan pelik, tetapi juga mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Air tasik ini mempunyai warna merah jambu disebabkan oleh kandungan larutan garam yang tinggi. Lihat gambar di bawah




Data menunjukkan bahawa tahap kemasinan di sesetengah kawasan adalah setinggi 40%. Aktiviti perlombongan garam tempatan adalah sumber pendapatan yang penting di situ dan dianggap sebagai faktor kepada berlakunya proses perubahan air tasik berkenaan. Ahli mikrobiologi berpendapat bahawa warna air Tasik Retba disebabkan oleh bakteria halophile ‘Dunaliella salina’

Zeus – Anjing Tertinggi Di Dunia

Seekor anjing yang diberi nama Zeus, diambil dari nama bapa dewa-dewa purba Greece kerana kelainannya. Zeus yang berusia 3 tahun tinggal bersama pemiliknya, Denise di Otsego, Michigan, Amerika Syarikat diumumkan sebagai ‘Bapa Anjing’.





Zeus mempunyai ketinggian luar biasa iaitu 111.8cm dan merupakan anjing paling tinggi di dunia. Saiznya adalah sama dengan kebanyakan keldai. Dengan berat 70.3 kg, Zeus mampu makan kira-kira 2 cawan makanan sehari (bersamaan dengan satu beg makanan). Sebagai anjing yang unik, sudah tentu kos makanan dan ubat-ubatannya adalah mahal.
Untuk membawa Zeus keluar bersiar-siar, Denise terpaksa mendapatkan sebuah van untuk mengangkutnya. Apa yang membuatkan Denise berasa lucu semasa membawa Zeus berjalan-jalan keluar adalah perkara yang paling biasa orang bertanya, iaitu ‘Adakah itu anjing atau kuda?’
Zeus telah memecahkan rekod sebelumnya, anjing yang diberi nama Giant George (baka yang sama) iaitu kurang 25cm yang menjadikan Zeus anjing tertinggi yang pernah dicatatkan dalam sejarah.

Misteri Peta Kuno Yang Lengkap Dan Sempurna

Pada tahun 1929, sekumpulan pengkaji sejarah telah membuat penyelidikan di istana Topkapi yang terletak di Konstantinopel, Turki. Di dalam istana itu, mereka telah menemui segulungpeta yang berusia ratusan tahun, yang diperbuat dari kulit rusa berukuran 90 x 65 cm. Petatersebut bertarikh Muharam 919 bersamaan 9 Mac-7 April 1513.



Di atas peta itu, mereka telah menemui beberapa perkara yang aneh dan menakjubkan. Petatersebut memaparkan outline pantai Amerika Utara dan Selatan dengan pengukuran yang amat tepat. Peta itu juga memuatkan maklumat yang sangat terperinci mengenai Amerika, Lautan Atlantik, Eropah dan pantai-pantai Afrika yang belum dijelajah oleh penjelajah Eropah pada masanya! Satu lagi perkara yang menghairankan para pengkaji tersebut, ia juga memaparkan benua Antartika, padahal wilayah itu belum pernah ditemui sehingga tahun 1818 !


Kemudian mereka terus membuat kajian mendalam lagi, mereka membuat perbandingan antara jarak pantai timur Amerika dengan pantai barat Afrika pada peta kuno itu dengan jarak yang sama pada peta yang termoden sekali. Sekali lagi mereka tercengang kerana ia adalah sangat tepat dan ini mustahil dibuat oleh pelaut zaman itu kerana kelengkapan dan teknologi mereka umumnya diketahui sangat terhad untuk membuat kerja-kerja kartografi dan pemetaan. Adakah ini mencukupi untuk mengatakan peta kuno ini benar-benar menakjubkan? Tidak. Sebenarnya ada lagi perkara lain yang begitu aneh dan tersangat luar biasa. Tersangat luar biasa bagi sebuah peta kuno yang diperbuat daripada kulit rusa.

Peta aneh tersebut dipersembahkan kepada Arlington T. Mallerey iaitu seorang pakar peta kuno. Setelah beberapa lama membuat kajian, beliau akhirnya merasa bingung dengan peta aneh tersebut. Mengapa? Ini adalah kerana data geografi pada peta tersebut tidak berada dalam posisi yang tepat.

Orang-orang disekelilingnya mula ‘lega’ kerana akhirnya peta tersebut mempunyai kelemahannya. Kononnya sudah pasti ada kelemahan kerana peta itu dibuat oleh pelaut-pelaut kuno yang dikatakan hanya mengenali kompas dan bintang-bintang! Jadi apa nak dihairankan, walaupun mereka sedar persoalan bagaimana peta tersebut boleh memaparkan Antartika masih menjadi misteri. Tetapi Mallerey masih sangsi dengan peta itu. Beliau merasakan ada yang tidak kena dengan peta itu. Seakan-akan ada sesuatu yang lebih luar biasa yang ingin diberitahukan oleh helaian kulit rusa yang berbau hamis itu.

Akhirnya dengan bantuan US Navy Hydrographic Bureau, Mallerey membuat sebuah grid dan memindahkan peta itu ke dalam sebuah glob. Betapa terkejutnya Mallerey kerana peta tersebut didapati ternyata sangat TEPAT !

Kajian demi kajian terus dilakukan ke atas peta yang menghairankan ramai cendekiawan itu.

Kajian lanjutan dilakukan oleh Professor Charles H Hapgood dan Richard W Strachan. Mereka telah mengkaji peta ini berkali-kali dan akhirnya menjumpai satu aspek yang tidak diketahui para pengkaji sebelum mereka. Suatu perkara yang benar-benar mustahil dan luar biasa. Mereka menemukan bahawa peta kuno itu berkemungkinan merupakan gambar aerial yang difotokan dari suatu ketinggian tertentu. Sungai, lembah, pegunungan, pulau dan padang pasir, digambarkan dengan ketepatan fotografi yang amat tinggi. Dan tahap fotografi yang tinggi ini hanya dapat dicapai dengan menggunakan satelit !!

Siapakah yang membuat peta yang menakjubkan itu? Bagaimana beliau dapat membuat peta yang begitu tepat dan canggih, yang pada masa kini hanya dapat dilakukan dengan menggunakan satelit? Adakah beliau berasal dari puak Viking, yang terkenal sebagai pelaut yang handal? Atau setidak-tidaknya penjelajah Sepanyol atau Portugis yang mendabik dada kononnya merekalah orang pertama yang mengelilingi dunia? (walaupun sebenarnya Ferdinand Magellan tidak pernah menghabiskan pelayarannya kerana terbunuh di Filipina, tetapi dihabiskan oleh Henry The Black atau Enrique dalam dialek Sepanyol yang nama sebenarnya Hitam berasal dari kepulauan Melayu dan sememangnya orang Melayu!)

Tidak, si pembuat peta ini bukanlah dari kalangan orang Eropah yang kononnya amat pandai dari semua bidang.

Peta itu adalah karya Muhiddin Piri Reis. Beliau ialah seorang pelaut, laksamana angkatan tentera laut Turki dan kartografer Muslim terkemuka dari abad ke-16.


RIWAYAT MUHIDDIN PIRI REIS


Piri Reis lahir pada tahun 1465, di Gallipoli, Turki, yang merupakan wilayah pantai. Ayahnya bernama Haci Mehmet, sedangkan bapa saudaranya merupakan seorang laksamana terkenal ketika itu, Kemal Reis.

Seperti anak-anak yang pada umumnya yang dipengaruhi suasana sekelilingnya, sejak kecil lagi beliau bergelut dengan pantai dan kebiasaan untuk berlayar. Tidak menghairankan ketika umurnya baru 12 tahun, beliau telah bergabung bersama bapa saudaranya, Kemal Reis.

Meskipun masih remaja, rupanya beliau sarat dengan pengetahuan. Beliau tidak merasa kekok berlayar bersama bapa saudaranya. Dan itu rupanya menjadi petanda awal kepada kerjayanya mengharungi lautan dan samudera bersama Kemal Reis. Selama 14 tahun Kemal Reis memberi bimbingan kepada anak saudaranya itu.

Kesultanan Uthmaniyyah telah memberinya kedudukan terhormat kepada beliau dalam Angkatan Laut Diraja pada tahun 1494. Tambahan pula dengan kehadirannya telah menjadikan angkatan laut Kesultanan Uthmaniyyah semakin kuat. Mereka terkenal, dengan perjuangan tanpa putus asa bagi menegakkan Islam.

Kemasukan Kemal Reis ke dalam Angkatan Laut Diraja telah membawa Piri bersama-sama juga ke dalamnya. Ia tetap berada di bawah arahan bapa saudaranya, walaupun beliau telah mulai dipercayai untuk menjadi pemimpin bagi pasukan kecil.

Meskipun sibuk dengan urusan Tentera Dirajanya, namun apabila beliau mempunyai kelapangan Piri seringkali pulang ke kampung halamannya. Di sana beliau akan mencatatkan setiap perjalanannya selama ini ke dalam sebuah karya; peta. Akhirnya terbukti, pada tahun 1513 ia mampu menghasilkan sebuah peta dunia. Dalam karyanya itu, ia memetakan Laut Atlantik serta pantai-pantai di Eropah, karyanya diberi tajuk I-Bahriye.

Pada tahun 1516-1517, Piri Reis diberi mandat bagi memimpin sebuah pasukan Kerajaan Uthmaniyyah untuk pergi melawan Mesir. Dalam kesempatan ini Piri telah berlayar ke Kaherah melalui Nil dan kemudian menggambarkannya ke dalam sebuah peta dan memberikan maklumat yang terperinci tentang wilayah tersebut.

Setelah Mesir bergabung dengan Kesultanan Uthmaniyyah, Piri memiliki pula kesempatan melakukan hubungan peribadi dengan pemegang tampuk kekuasaan di sana, Yavuz Selim. Maka beliau memperlihatkan peta hasil buatannya kepada sultan. Hasil karyanya itu juga dimasukkan ke dalam Bahriye.

Piri juga pernah mengalami pertempuran yang dahsyat ketika bersama bapa saudaranya disaat melawan pasukan dari Venesia pada tahun 1520. Dan pasukan Uthmaniyyah ketika itu akhirnya berjaya menewaskan musuhnya. Kejadian ini merupakan kemenangan yang besar bagi Kerajaan Uthmaniyyah.

Kegembiraan yang beliau rasakan kemudian berubah menjadi duka. Bapa saudaranya yang dikasihinya, Kemal Reis telah mati akhirnya. Untuk menggantikan posisi Kemal Reis, pihak pemerintah kemudian melantik Piri Reis untuk menjadi Laksamana Kesultanan Uthmaniyyah.

Meskipun Piri telah menjadi laksamana yang begitu padat kegiatannya, beliau tetap meluangkan masa untuk menuliskan catatan setiap perjalanannya. Pada tahun 1528 hingga 1529, Piri melengkapi peta pertamanya yang tercantum dalam I-Bahriye.

Kali ini, beliau berhasil memetakan wilayah Barat Daya Atlantik, sebuah wilayah yang disebut dunia baru yang terletak dari Venezuela hingga ke bahagian selatan Greenland. Jadi, tidaklah hanya kemenangan di laut yang beliau mampu rasakan.

Dengan kenyataan ini, Piri Reis juga telah memberikan sumbangan bagi ilmu pengetahuan, terutama Geografi dan Nautika atau Ilmu Pelayaran. Ilmu yang mereka kembangkan tidak hanya berguna bagi kalangan Islam, namun kepada seluruh dunia.
Laksamana Piri Reis telah memberikan sumbangan bagi kebesaran Kesultanan Uthmaniyyah, juga keharuman Islam. Ia telah melakarkan prestasi besar dengan karyanya I-Bahriye yang menjadi panduan bagi orang-orang selepasnya dalam mengharungi dunia pelayaran. Beliau akhirnya meninggal dunia pada tahun 1554.

Semua karyanya akhirnya dijumpai dalam dunia moden. Itulah yang diceritakan pada awal artikel ini. Ketepatannya dan bagaimana ia difoto dari pandangan atas amat menghairankan ramai orang. Sehingga ada pendapat yang mengatakan ia menggunakan teknologi makhluk asing untuk menghasilkan peta tersebut! Ada juga pendapat yang mengatakan ia adalah peta yang dibuat oleh bangsa-bangsa yang hilang seperti Atlantis ataupun Lemuria. Bangsa-bangsa ini dikatakan mempunyai tamadun dan teknologi yang tinggi.

Bagaimana Piri Reis membuat peta yang begitu tepat? Mujurlah Piri Reis bukanlah seorang yang kedekut ilmu, tidak seperti sesetengah puak seperti Illuminati yang baru dapat secubit ilmu sudah berlagak sombong dan mengaku Tuhan. Piri menyatakan bahawa peta itu dibuat berdasarkan 34 sumber yang berbeza-beza. Ada 20 peta dari zaman Alexander yang Agung, 8 peta karya ahli geografi Muslim, 4 peta Portugis, dan 1 peta hasil karya Columbus.

Kemudian peta itu disaring, dikaji ketepatannya dan diubahsuai mengikut kepakaran kartografi Piri yang sememangnya banyak pengalaman dan akhirnya kesemua peta tadi diringkaskan untuk dijadikan sebagai satu peta dunia. Ini bersesuaian dengan pengakuan Piri Reis;

”Di dalam abad ini (Pada masa Piri hidup), tidak ada peta seperti peta ini sebelumnya, ” kata Piri Reis lagi, ”Ia dibuat dengan cara menggabungkan keseluruhan peta menjadi satu skala peta maka hadirlah peta yang benar dan yang dapat dipercayai …”

Walaupun begitu, bagaimana Piri membuat pengubahsuaian sehingga menghasilkan peta yang begitu tepat dan benar melampaui kronologi sejarah amat mengkagumkan. Malah sangat tepat jika ditinjau dari segi kronologi geografi.

Contohnya, Greenland digambarkan sebagai dua buah pulau yang berbeza. Kejanggalan ini akhirnya berakhir setelah dibuktikan oleh para penyelidik Perancis yang telah melakukan kajian ke atas ekspedisi ke kutub. Mereka menyatakan bahawa ketika itu terjadi gempa bumi yang membuatkan lapisan ais merekah dan menghasilkan ruang pemisah atau belahan pada Greenland.

Pada Januari 1966, di majalah Fate, Profesor Charles H Hapgood menjelaskan penemuan yang mengagumkan tersebut. Ini merupakan perkara yang luar biasa, Piri dapat memetakan sebuah wilayah yang dimana seorang pun tidak dapat menemui Antartika ketika itu sehinggalah tahun 1818.

Menariknya, Hapgood benar-benar tercengang, betapa lengkapnya peta tersebut dan langsung mengubah anggapannya selama ini bahawa orang-orang Islam tidak memiliki ilmu kartografi yang baik!. Ilmuwan Jerman, P Kahle, melakukan analisis dan mengiktiraf bahawa Piri merupakan seorang ahli kartografi yang handal dan terhebat sepanjang zaman.

Jadi bagaimana dengan kita sebagai umat Islam? Adakah kita masih memikirkan bahawa Islamlah pembawa kemunduran, kolot dan ketinggalan zaman? (atau agama keganasan?-ini adalah pandangan paling primitif pada masa kini). Kita diajar di sekolah tentang sumbangan tokoh-tokoh Barat kepada kemajuan dunia, sehingga tergenggam ijazah di tangan pun masih manis mulut memuji-muji kecerdikan tokoh-tokoh Barat.

Tahukah anda para sarjana Barat benar-benar mengagumi para ilmuwan Islam dahulukala? Tahukah anda bahawa untuk membina superkomputer Blue Gene/L (ini adalah superkomputer yang terpantas di dunia, selaju 136.8 teraflop persaat-trillion pengiraan titik perpuluhan persaat) nenek moyang para jurutera IBM yang hidup pada zaman kegelapan Eropah terpaksa melutut meminta secebis ilmu daripada pensyarah-pensyarah mereka yang beragama Islam di universiti-universiti seluruh empayar Islam. Para cendekiawan Barat hari ini telah menulis banyak buku yang merakam sumbangan dunia Islam kepada dunia. Tetapi buku-buku seperti ini cuba digam, diharamkan atau disabotaj oleh pihak-pihak tertentu.

Inilah yang berlaku kepada Pengurus Besar Syarikat Hewlett Packard, Minnesota di Amerika Syarikat iaitu Carly Florina, di dalam ucap tamanya ketika pelancaran produk syarikat komputernya, pada 26 September 2001, merakamkan pandangan ikhlas seperti berikut:

“at this civilisation was driven more than anything by invention. Its architect designed buildings that defied gravity. Its matematicians created the algebra and logarithms that would enable the building of computers, and the creation of encryption. Its doctors examined the human body, and found new cures for disease. Its astronomers looked into the heavens, named the stars, and paved the way for the travel and exploration.

While other nation were afraid of ideas, this civilisation thrived on them and kept them alive. When censors threated to wipe out knowledge from past civilisations, this civilisation kept the knowledge alive, and pass it on to others.

The civilisation I’m talking about was the Islamic World, from the year 800 to 1600 which included Ottoman Empire, and the court of Baghdad, Damascus and Cairo, and elightened rulers like Sulaiman the Magnificent”

Maksudnya:

“Tamadun ini digerakkan menerusi penciptaan melebihi daripada yang lain. Arkiteknya mereka bentuk bangunan yang menentang graviti. Ahli matematiknya mengasaskan algebra dan logaritma yang membolehkan pembinaan komputer, dan penciptaan kod rahsia. Doktornya menyelidiki tubuh manusia lalu menemui ubat baru untuk penyakit. Ahli astronominya menyelidiki langit dan menamakan bintang-bintang, membuka kearah perjalanan dan pengembaraan. Sementara sedang bangsa lain takutkan idea, tamadun ini terus ke hadapan memajukannya. Apabila terdapat halangan mengancam ilmu pengetahuan daripada tamadun silam, tamadun ini pula terus menghidupkan ilmu pengetahuan dan mengembangkannya kepada tamadun lain.

Tamadun yang saya maksudkan ialah tamadun Islam dari tahun 800 hingga 1600 yang merangkumi kerajaan Uthmaniyyah dan kerajaan Baghdad, Damsyik dan Kaherah serta pemimpin yang cemerlang seperti Sulaiman yang Agung”

Demikianlah seorang pengurus syarikat komputer yang terkenal, memberikan pendapat ikhlasnya dan meletakkan penghargaan yang begitu tinggi kepada tamadun Islam. Hanya orang yang berfikiran sempit sahaja yang berangan-angan mahu murtad dengan segera kerana menganggap Islam adalah agama kampungan, jumud, kolot dan ketinggalan zaman. Sedangkan orang-orang Barat yang berpendidikan tinggi secara peribadinya (walaupun mereka berusaha menyorokkan pendapat mereka) mengakui peranan Islam terhadap ketamadunan dunia. Namun masih ada segelintir dari mereka yang berani mengakuinya di khalayak ramai, walaupun selepas itu mereka dikenakan pelbagai tindakan dan hukuman.

Tidak lama selepas Carly Florina membuat ucap tama tersebut, beliau telah dipecat dari jawatannya…

Inilah Barat, masih angkuh, sombong dan tetap mahu mengubah sejarah..

Inilah Sekolah Paling Tua Di Dunia


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, anda pernah dengar tentang sekolah yang paling tua di dunia? di manakah? Sebenarnya Sekolah tertua di dunia itu ada di negara China, Tepatnya di Chengdu, ibukota provinsi Sichuan, salah satu daerah terbesar di China. Chengdu Shishi High School adalah sekolah tertua di dunia kini, diperkenalkan pertama kali pada masa Dinasti Han pada sekitar tahun 143 – 141 sebelum Masihi!

.

Chengdu Shishi High School ini didirikan oleh insan bernama Wen Wang. Diberi nama Chengdu Shishi yang memiliki arti “Stone House” kerana bahan pembinaan yang digunakan untuk sekolah ini dari batu. Dikatakan Chengdu Shishi High School ini pernah terbakar hangus suatu ketika dahulu disebabkan kebakaran tapi telah dibaikpulih kembali oleh Dinasti Ming pada tahun 194 setelah Masihi.
Kini, sekolah ini dikatakan mempunyai lebih 300 tenaga pendidik dan 3000 siswa dari umur 16-18 tahun. Atmosfera di sekolah ini juga yang lengkap sangat mendukung kecemerlangan prestasi anak-anak didiknya. Ada kantin sendiri, klinik, perpustakaan yang lengkap, kemudahan multimedia di setiap ruangan kelas.

Bolehkah Kita Membunuh Semut?

Semut merupakan serangga yang sangat kecil dan mudah dijumpai di mana-mana. Namun kehadirannya kadangkala menyebabkan kita tidak selesa dan membunuhnya. Tapi bolehkah kita membunuh semut?




Bolehkah kita membunuh semut dengan racun kerana sebagaimana yang kita tahu semut merupakan salah satu dari binatang yang di larang oleh Rasulullah SAW dari membunuhnya seperti yang terdapat dalam hadith baginda. Masalahnya ia terdapat di mana-mana sahaja termasuk di dalam beras, sink dan di telefon. Ini cukup menyusahkan untuk menghalaunya satu persatu, kadang-kadang terpaksa membunuhnya. Adakah Islam memberi kelonggaran untuk membunuhnya? Jika Islam membenarkan,bolehkah digunakan racun yang dapat membunuh kesemuanya termasuk di dalam sarang?
Dalam sebuah hadith dari Ibnu Abbas ra ia berkata; “Rasulullah SAW melarang membunuh empat macam binatang, semut, lebah, burung hudhud dan burung shurad”. Hadith ini menunjukkan hukum haram membunuh empat macam binatang tersebut dan memakannya.
Islam merupakan peraturan hidup untuk segenap manusia. Di dalam Islam tidak ada suatu perkara yang terlalu diberatkan dan tidak pula sautu perkara itu sengaja diringan-ringankan tanpa alasan atau sebab tertentu yang boleh meringankannya. Semut sejenis binatang yang berada dimerata-rata tempat, jika kehadirannya menimbulkan mudarat bagi diri kita dan anak-anak, seperti gigitannya dan sebagainya, maka dibolehkan mengusirnya denga penyapu, jika ia terbunuh bukanlah perkara yang kita inginkan.
Jika ia memiliki sarang, korek dan angkatlah sarangnya itu serta buanglah ke luar rumah, setelah itu tutuplah lubang tersebut agar ia tidak membuat sarang kembali. Usaha yang kita lakukan tak lebih untuk mencari keberkatan dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Sebab pasti ada hikmah yang terkandung dalam larangan dan suruhan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW yang kita tidak mampu untuk memahaminya secara lebih pasti. Wallahua’lam

Awas! Bahaya Berdengkur Yang Tidak Diketahui Umum

Bahaya berdengkur?Berdengkur sering dianggap tabiat melucukan dan terlalu lazim dalam kalangan masyarakat kita kini, namun tahukah anda berdengkur sebenarnya gambaran awal seseorang itu bukan saja berhadapan masalah dengan pasangan dan kualiti kehidupan tetapi juga masalah kesihatan yang serius.



Tabiat berdengkur berlaku apabila seseorang mengeluarkan bunyi bising semasa bernafas sewaktu tidur. Ia disebabkan saluran pernafasan separa tersumbat di bahagian hidung atau kerongkong, menyebabkan getaran lelangit lembut dan otot kerongkong yang menghasilkan bunyi. Terminologi perubatan untuk masalah ini disebut ‘steator’.


Masalah ini biasanya dikesan menerusi diagnosis pakar perubatan dari segi sejarah pesakit atau pasangan tidur yang kerap mempunyai masalah untuk lelap akibat terganggu.

Pesakit berdengkur juga boleh mengalami gejala mengantuk pada waktu siang, sakit kepala, keletihan, kelesuan, perasaan cepat marah, kerap bangun malam, masalah penumpuan dan kurang daya ingatan. Paling membahayakan sekiranya pesakit senang tertidur semasa memandu terutama ketika perjalanan jauh atau sedang menunggu di simpang lampu trafik.
 Menurut Pakar Bedah Otorinolaringologi Hospital Columbia Asia, Bukit Rimau, Dr Mazita Ami, punca berdengkur disebabkan saluran pernafasan separa tersumbat sewaktu tidur terutama sewaktu tidur nyenyak dan ia boleh dipengaruhi pengambilan alkohol atau ubat-ubatan sebelum tidur.

“Saluran pernafasan tersumbat boleh berlaku pada bahagian hidung atau kerongkong atau kedua-duanya sekali. Oleh itu kehadiran tisu tonsil atau adenoid yang besar, polip hidung, tulang hidung yang bengkok dan pesakit yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher pendek dan besar akan meningkatkan risiko masalah berdengkur,” katanya.
Masalah berdengkur boleh dikaitkan dengan masalah tidur serius dikenali ‘sleep apnea’. Ia berlaku apabila pesakit berhenti bernafas lebih daripada 10 saat sewaktu tidur (apnea). Apnea pula boleh berlaku berulang kali sewaktu tidur dan menyebabkan pengurangan kandungan oksigen dalam darah pesakit.

Jelasnya, ‘sleep apnea’ yang tidak dirawat boleh membawa masalah darah tinggi, sakit jantung, angin ahmar, glaukoma dan sebagainya. Kerana itulah juga masalah berdengkur lazimnya dialami pesakit lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun terutama yang mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Adalah penting bagi pesakit mendapat nasihat pakar untuk mengetahui sekiranya mereka mempunyai masalah ‘sleep apnea’. Masalah ini mempunyai beberapa tahap serius mengikut hasil kajian tidur yang dijalankan ke atas pesakit di makmal tidur di hospital atau di rumah pesakit sendiri.

Menerusi kajian ini, pakar akan dapat mengesan kekerapan ‘apnea’ semasa tidur kerana semakin kerap berlaku ‘apnea’, semakin serius tahap penyakit itu dan kesannya kepada kesihatan pesakit.

Rawatan untuk masalah berdengkur bergantung kepada punca yang dikenal pasti. Pembedahan boleh dilakukan untuk merawat masalah saluran pernafasan sempit seperti tisu tonsil yang besar, polip hidung dan sebagainya. Sekiranya berkaitan dengan ‘sleep apnea’, rawatan ‘continuous airway pressure’ adalah antara yang berkesan.

Pesakit yang obes juga dinasihat untuk mengurangkan berat badan.

Tegasnya, berdengkur bukan masalah lazim yang patut diterima bila umur meningkat. Ia boleh membawa masalah ‘sleep apnea’ yang serius dan memudaratkan kesihatan pesakit. Mereka yang mengalami masalah tidur bersama gejala mengantuk waktu siang, sakit kepala, keletihan dan masalah emosi perlu mendapatkan nasihat pakar perubatan.


Langkah pencegahan dengkur.
-> Mengurangkan berat badan sekiranya mengalami masalah berat badan berlebihan.
-> Elak pengambilan alkohol atau ubat yang memberi kesan mengantuk sebelum tidur.
-> Memilih posisi tidur secara mengiring.
-> Mengamalkan jadual tidur yang tetap setiap hari.
-> Mendapatkan rawatan bagi hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang sempit.

Khamis, 28 Mac 2013

Terjemahan Lagu Doraemon Yang Sebenarnya

 

Ramai juga yang meminati lagu Doraemon ni kan? Tapi ramai juga yang tidak mengetahui terjemahan sebenar lirik lagu Doraemon ni.

Home Advertising / Pengiklanan Info Artis Info Fakta Info Lawak Info Cool Info Tempatan Info Agama Info Sukan Blog Search WOW : Bahasa Melayu Diangkat Di Russia (Video)

Kalo korang nak tau, di Russia terdapat sekumpulan manusia yang memartabatkan Bahasa Melayu.. Malahan ada yang telah belajar bahasa Melayu ni lebih dari 50 tahun. Mereka begitu passionate belajar bahasa kita ni dan menyatakan kebanggaan mereka dengan bahasa Melayu.. Korang tengok la sendiri video kat bawah ni.. Ape pendapat korang?





 
 

Rabu, 27 Mac 2013

12 Mesin Terbesar Di Dunia Yang Pernah Dicipta

1. Liebherr T 282B: Truck terbesar di dunia

  

Mesin raksasa Liebherr T 282B adalah dumptruck terbesar yang dibina tahun 2004 oleh syarikat Jerman. Trak seberat 203 Tan ini dapat mengangkut muatan sebanyak 365 tan, dan menghasilkan tenaga kira-kira 3650 Kuasa Kuda.

Features:
Weight: empty – 203 tons; maximum capacity – 365 tons; maximum operating weight – 592 tons
Length: 14.5 m long
Height: 7.4 m tall
Wheelbase: 6.6 m
Top Speed: 40 mph or 65 kph
Costs: US$3.5 M

 

2. Bagger 288: Mesin penggali terbesar di dunia


 

Mesin ini adalah mesin penggali terbesar di dunia. Excavator Berroda bernama Bagger 288 dibina oleh perusahaan Krupp Jerman.
Mesin seberat 13.500 Tan ini terdiri dari 2 bahagian, iaitu “bucket-wheeler excavator” sebagai alat penggalinya dan Crawler-Transporter sebagai kenderaan penumpang yang membolehkan alat tersebut bergerak.

Features:
Height: 95 m tall
Length: 215 m long
Weight: 13,500 tons

3. Crawler-Transporter: Kenderaan pengangkut kedua terbesar di dunia


  

Crawler-Transporter digunakan untuk mengangkut roket Saturn V, Saturn IB, Apollo Soyuz San dan pesawat luar angkasa lain. Kenderaan ini adalah idea Bucyrus International dan dibina oleh Marion Power shovel Co. dengan kos mencecah USD 14 Juta.
Pada masa dibina, mesin ini merupakan kenderaan pengangkut terbesar, namun kini diatasi oleh Bagger 288.

Features:
Height: 20 ft or 6.1 m to 26 ft or 7.9 m
Length: 131 ft or 40 m
Width: 114 ft or 35 m
Weight: 2400 tons 2,700 short tons or 2,400,000 kg; 5,400,000 lb

4. TAKRAF RB293: Mesin terbesar dalam sejarah manusia


 

Seperti Bagger 288, ini adalah Excavator terbesar yang dibina oleh syarikat German, TARKAF Industry. Mesin ini memegang rekod sebagai mesin terbesar dan terberat di dunia dan digunakan di lombong arang batu di Victoria, Australia

Features:
Height: over 94.5 meters or 310 feet tall
Length: over 220 meters or 722 feet long,
Weight: over 14,196 tons or 31.3 million lbs

5. Overburden Conveyor Bridge F60: Mesin terbesar yang dapat bergerak bebas

  

Overburden Conveyor Bridge F60 adalah mesin terbesar yang dapat bergerak bebas. Alat ini tidak diaktifkan setelah 13 bulan beroperasi dengan alasan sumber tenaga dan politik.
Ketinggian alat ini mencapai 60meter [F60] dan panjang sekitar 502 Meter. Alat ini juga sering disebut “Lying Eiffel Tower” F60 adalah salah satu dari lima Conveyor yang digunakan di lombong arang batu di German.

Features:
Length: 502 m long
Width: 240 m wide
Height: 80 m tall
Weight: 13,600 metric tons

6. Large Hadron Collider: Mesin akselerator partikel terbesar di dunia


  

Large Hadron Collider adalah kompleks memproses partikel berkuasa tinggi yang terbesar di dunia. Berfungsi untuk memancarkan dua pancaran partikel proton dengan tenaga kinetik yang sangat besar.
LHC dibina oleh Badan Kajian Nuklear Eropah(CERN).Projek ini dimulai sejak tahun 1995, dan merupakan projek terbesar yang pernah dilakukan oleh manusia, dengan menggunakan peralatan paling rumit di dunia, serta memakan kos lebih dari USD 10 milian dengan mengambil masa untu disiapkan lebih dari 14 tahun.
Terletak 91 meter di bawah sempadan Perancis-Swiss dekat Geneva, Switzerland, mesin yang berbentuk terowong sepanjang 27 kilometer ini dibina oleh 10 000 ilmuwan dan jurutera, dari lebih 100 negara, serta mendapat sokongan oleh ratusan universiti dan laboratorium.

Features:
Length: 27 km or 17 mil
Circumference: 175 m or 570 ft
Built & Funded: 10,000 scientists and engineers from 100 countries

7. BHC SR-N4 Mk-3: Hovercraft non militer terbesar


  

BHC SR-N4 adalah Hovercraft terbesar yang bertujuan untuk mengangkut 418 penumpang dan 60 kereta.
Rekabentuknya adalah sepanjang 40 meter (131 kaki), berat 190 ton (193 t), mampu meluncur hingga 83 knot (154 km / jam). Hovercraft ini dibangun oleh British hovercraft Corporation pada 1966.

8. Typhoon: Kapal selam terbesar yang pernah dibuat

 

 

Typhoon adalah sebuah kapal selam pengangkut rudal terbesar yang pernah dibuat. Kapal Selam ini menggunakan tenaga nuklear dan dioperasikan oleh angkatan Laut Soviet pada 1980an.
Dengan berat maksimum 26000 Ton, Typhoon adalah sebuah senjata pemusnah paling menakutkan pada masa itu. Oleh kerana kos operasi yang mahal, maka kapal selam ini dihentikan operasinya.

9. Emma Maersk kapal kontainer terpanjang yang pernah ada


  

Kapal besar ini adalah kapal kontainer terpanjang yang pernah dibina di dunia dan pada tahun 2008 itu menjadi kapal terpanjang pernah digunakan.
Kapal ini dapat membawa kira-kira 11.000 unit atau 1.400 unit [masing – masing sepanjang 20 kaki] muatan, jauh lebih banyak dari kapal lain yang pernah ada.

10. Knock Nevi’s: Kapal terbesar yang pernah dibina


  

Ini adalah super tanker terbesar. Knock Mevi adalah sebagai tempat simpanan dan pemindahan terapung [FSO] yang dimiliki oleh Fred Olse, Norwegia.
Kapal ini jauh lebih panjang/tinggi dari menara kembar petronas [1480 ft dibanding 1504 ft]

Features:
Length: 458.45 m or 1,504 ft long
Width: 69 m wide
Height: 30 m tall
Weight: 564,763 tons

11. Airbus A380: Pesawat penumpang terbesar


  

Airbus A380 yang dihasilkan oleh Airbus S.A.S. adalah sebuah pesawat dua tingkat, dengan empat mesin yang mampu memuatkan 850 penumpang dalam konfigurasi satu kelas atau 555 penumpang dalam konfigurasi tiga kelas.
Pesawat ini melaksanakan penerbangan pertama pada 27 April 2005 dan memulai penerbangan komersial pada akhir tahun 2007 setelah ditunda beberapa kali.

12. Antonov An 225: Pesawat terbesar dan terberat di dunia


  

Antonov An-225 Mriya merupakan pesawat terbesar kedua di dunia yang dibuat oleh Syarikat Antonov. Nama belakang pesawat ini Mriya yang dalam bahasa Ukrain berarti mimpi atau inspirasi.

Sebelum ini pesawat ini digunakan untuk mengangkut pesawat ulang alik Buran menggantikan Myasishchev VM-T. Namun seiring dengan pecahnya Kesatuan Soviet pada tahun 1991 dan projek Buran yang tidak dilanjutkan lagi pada tahun 1993, pesawat ini terpaksa dihentikan operasii (tidak kelihatan) selama hampir 8 tahun.
Pada tahun 2001, pesawat ini kembali beroperasi dengan menjadi pengangkut berat yang bernombor penerbangan UR-82060 (yang sebelumnya СССР-82060) sehingga sekarang.





Cool:Kraftangan Terkecil Di Dunia!

kraf


Menguruskan miniatur- Nikolai Aldunin, 56, dari Moscow, Rusia,untuk memenuhi tujuh unta dan tiga pokok kelapa dalam mata jarum.
Nikolai Aldunin, 56 mengukir objek terkecil dunia sehingga boleh meletak objek-objek itu di dalam lubang jarum.
 

Pereka-Karya seninya adalah begitu kecil bahawa dia memerlukan mikroskop 28 tahun untuk mereka karya seni yg unik. Nikolai  menggunakan alat termasuk superglue, picagari dan pencungkil gigi utk membentuk objek ciptaannya.

 

Ahad, 24 Mac 2013

WTF : 10 air terjun tercantik di dunia

Gambar Air Terjun - 10 Paling Cantik Di Dunia

  

Air Terjun Niagara terletak di sempadan Canada dan USA. Walaupun bukan dalam kategori tertinggi atau terlebar, namun ia dianggap air terjun tercantik terdapat di mukabumi. Menjadi tarikan pelancong paling popular, Air Terjun Niagara juga dikenali sebagai "Honeymoon Capital of the World".


 

Dengan ketinggian 979 meter, Air Terjun Angel di Venezuela merupakan air terjun paling tinggi di dunia. Memandangkan tiada perhubungan jalanraya, ia hanya dapat dilawati dengan menggunakan bot atau ekspedisi berjalan-kaki.


 

Salah satu air terjun paling hebat dan indah, Iguazu Falls terletak di antara sempadan Brazil dan Argentina. Ia terdiri dari 275 buah air terjun yang terpisah antara satu sama lain sepanjang 2.5 batu dengan ketinggian 269 kaki.

  

Menjadi tarikan utama pelancong ke benua Afrika, Air Terjun Victoria adalah antara paling cantik di dunia. Airnya yang menderu turun membasahi hutan hijau berserta kehadiran hidupan liar menimbulkan satu pemandangan yang mengasyikkan.


 

Air terjun terbesar di benua Eropah dan tercantik di Iceland, Gullfoss Falls menjadi bualan dalam cerita dan misteri masyarakat tempatan. Ia juga punca pembentukan 'Golden Circle', tempat di mana terdapat kumpulan geiser (pancutan air panas) dan kolam air panas yang menjadi tumpuan pelancong.


 

Sesuai dengan namanya, Upside Down Falls yang terletak di Gunung Konahuanu, pulau Oahu, Hawaiisangat unik. Ini kerana apabila menerima hujan yang mencukupi, air terjunnya hanya sempat turun beberapa meter sahaja. Angin kencang di kawasan gunung akan meniup air yang turun ke bawah menjadi titisan kecil berterbangan ke atas.


 

Berkemungkinan paling kerap dikunjungi, malah tercantik di Asia, Nachi Falls merupakan sebahagian dari 48 rangkaian air terjun yang mengalir deras dari Gunung Nachi, Jepun. Dengan ketinggian 400 kaki, ia juga menjadi air terjun tertinggi di negara matahari terbit tersebut.

  

Kerap dipaparkan dalam poskad sebagai tarikan destinasi pelancongan benua Eropah, keindahanGiessbach Waterfalls di Switzerland kekal popular hingga ke hari ini. Pemandangan bertambah indah bila ia dikelilingi oleh tasik berair jernih bak kristal dan gunung ganang yang diliputi salji.

  

Lower Falls berada di tepi sungai Yellowstone dalam kawasan terkenal Grand Canyon, USA. Dengan dikelilingi oleh batu-batu gunung berapi dan kawasan pergunungan, ia menawarkan pemandangan yang cukup indah.

  

Aspat River Falls terletak di kawasan iklim sejuk daerah Kodar, Russia. Pengunjung yang datang ke sini akan terpukau dengan keindahan rupabentuk air terjunnya. Kerana memiliki permukaan cerun yang curam, Stalin pernah mendirikan kem tahanan di sekitar kawasan tersebut

COOL : HUTAN BULUH TERCANTIK DI DUNIA (GAMBAR)

Hutan buluh Sagano ini terletak di Arasyima, Jepun. Walaupun Jepun terkenal dengan benda-benda pelik, tapi Jepun juga mempunyai banyak tempat-tempat yang indah dan menarik, salah satunya ialah hutan buluhSagano ini, ianya merupakan hutan buluh yang tercantik di dunia.



iklan