Gambar Air Terjun - 10 Paling Cantik Di Dunia
Air Terjun Niagara terletak di sempadan
Canada dan USA. Walaupun bukan dalam kategori tertinggi atau terlebar,
namun ia dianggap air terjun tercantik terdapat di mukabumi. Menjadi
tarikan pelancong paling popular, Air Terjun Niagara juga dikenali
sebagai "Honeymoon Capital of the World".
Dengan ketinggian 979 meter, Air Terjun
Angel di Venezuela merupakan air terjun paling tinggi di dunia.
Memandangkan tiada perhubungan jalanraya, ia hanya dapat dilawati dengan
menggunakan bot atau ekspedisi berjalan-kaki.
Salah satu air terjun paling hebat dan
indah, Iguazu Falls terletak di antara sempadan Brazil dan Argentina. Ia
terdiri dari 275 buah air terjun yang terpisah antara satu sama lain
sepanjang 2.5 batu dengan ketinggian 269 kaki.
Menjadi tarikan utama pelancong ke benua
Afrika, Air Terjun Victoria adalah antara paling cantik di dunia.
Airnya yang menderu turun membasahi hutan hijau berserta kehadiran
hidupan liar menimbulkan satu pemandangan yang mengasyikkan.
Air terjun terbesar di benua Eropah dan
tercantik di Iceland, Gullfoss Falls menjadi bualan dalam cerita dan
misteri masyarakat tempatan. Ia juga punca pembentukan 'Golden Circle',
tempat di mana terdapat kumpulan geiser (pancutan air panas) dan kolam
air panas yang menjadi tumpuan pelancong.
Sesuai dengan namanya, Upside Down Falls
yang terletak di Gunung Konahuanu, pulau Oahu, Hawaiisangat unik. Ini
kerana apabila menerima hujan yang mencukupi, air terjunnya hanya sempat
turun beberapa meter sahaja. Angin kencang di kawasan gunung akan
meniup air yang turun ke bawah menjadi titisan kecil berterbangan ke
atas.
Berkemungkinan paling kerap dikunjungi,
malah tercantik di Asia, Nachi Falls merupakan sebahagian dari 48
rangkaian air terjun yang mengalir deras dari Gunung Nachi, Jepun.
Dengan ketinggian 400 kaki, ia juga menjadi air terjun tertinggi di
negara matahari terbit tersebut.
Kerap dipaparkan dalam poskad sebagai
tarikan destinasi pelancongan benua Eropah, keindahanGiessbach
Waterfalls di Switzerland kekal popular hingga ke hari ini. Pemandangan
bertambah indah bila ia dikelilingi oleh tasik berair jernih bak kristal
dan gunung ganang yang diliputi salji.
Lower Falls berada di tepi sungai
Yellowstone dalam kawasan terkenal Grand Canyon, USA. Dengan dikelilingi
oleh batu-batu gunung berapi dan kawasan pergunungan, ia menawarkan
pemandangan yang cukup indah.
Aspat River Falls terletak di kawasan
iklim sejuk daerah Kodar, Russia. Pengunjung yang datang ke sini akan
terpukau dengan keindahan rupabentuk air terjunnya. Kerana memiliki
permukaan cerun yang curam, Stalin pernah mendirikan kem tahanan di
sekitar kawasan tersebut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan