Sabtu, 26 Januari 2013

SIAPAKAH LELAKI DI SEBALIK MASKOT ALONG?


SIAPAKAH LELAKI DI SEBALIK MASKOT ALONG?


artis.my Siapa lelaki di sebalik maskot rancangan ALONG zaman kanak kanak dahulu?


Bagi yang lahir tahun 80-an dan 90-an pasti familiar dengan rancangan kanak-kanak ALONG. Tipu’lah kalau kata tak tahu rancangan apa ni. Silap-silap berebut remote TV nak tengok rancangan ni.

Menerusi rancangan ini, Along mempunyai dua orang adik iaitu Angah dan Achik. Setiap kali rancangan ini nak bermula, mesti semua dah awal-awal ready depan TV sambil tunggu Siti Sifir keluar menyanyikan lagu sifir’nya. Haha.
Memang terkenal rancangan ini. Tapi agaknya ramai yang tak tahu siapa sebenarnya yang memegang watak sebagai Along ketika rancangan itu kan?
Terkejut tak kalau kami kata lelaki di sebalik maskot Along adalah tak lain tak bukan pelakon yang terkenal dengan filem Istanbul Aku Datang, Beto Kushairy. Percaya?

artis.my Siapa lelaki di sebalik maskot rancangan ALONG zaman kanak kanak dahulu?

artis.my Siapa lelaki di sebalik maskot rancangan ALONG zaman kanak kanak dahulu?

artis.my Siapa lelaki di sebalik maskot rancangan ALONG zaman kanak kanak dahulu?Siapa sangka ALONG adalah Beto. Di Wikipedia profil Beto sendiri tidak ada menulis tentangnya. Isteri Beto, Tisha ketika ditemubual media juga mengakui perkara tersebut.
Menurut Tisha, walaupun terpaksa memakai kostum yang berat dan panas, hampir 3 tahun juga suaminya menjayakan program berkenaan. Dia (Beto) pada ketika itu seronok kerana penonton tidak tahu siapa di sebalik kostum berkenaan, justeru boleh membuat pelbagai gelagat di hadapan penonton tanpa rasa segan.
Sempena meraikan penemuan ini, apa kata kita dengarkan semula lagu tema rancangan ALONG untuk kembalikan nostalgia silam ini. Haha.
Click Here

iklan