Isnin, 19 November 2012

Kronologi Sejarah Komputer

Setiap Benda Yang Dihasilkan Manusia Adalah Daripada Evolusi Ataupun Perkembangan Benda Tersebut. Lihat Sahaja Kapal Terbang, Kereta, Mentol Mahupun Makanan. Jom Baca Maklumat Lanjut

Setiap benda yang dihasilkan manusia adalah daripada evolusi ataupun perkembangan benda tersebut. Lihat sahaja kapal terbang, kereta, mentol mahupun makanan. Begitu juga halnya dengan sebuah komputer. Semua komputer hari ini adalah daripada evolusi tahun demi tahun, dekad demi dekad para pakar komputer untuk menghasilkan komputer yang lebih baik dan sempurna kepada para pengguna.
Pengenalan
Mengikut wikipedia, komputer pertama dicipta adalah pada pertengahan kurun ke – 20 ( sekitar tahun 1940 – 1945). Jika dikira sehingga sekarang (2008) lebih kurang 68 tahun usia komputer.
Komputer pertama dibina adalah sebesar ruang tamu rumah dan ada sesetengah pendapat mengatakan saiznya adalah sebesar rumah. Tujuan utama penciptaan komputer adalah sebagai alat bantu manusia terutamanya dalam penyimpanan data.
ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Computer) adalah komputer elektronik pertama di dunia dicipta pada tahun 1946 dan berakhir pada 1955. Dicipta oleh J. Presper Eckert and John Mauchly iaitu dua orang saintis dari University of Pennsylvania. Mereka berdua adalah saintis di School of Electrical of Electrical Engineering, University of Pennsylvania.


Tujuan utama penciptaan ENIAC adalah untuk Perang Dunia Ke-2. Digunakan oleh tentera-tentera Amerika sebagai alat utama mempercepatkan pemprosesan data bagi senjata perang.
Sinopsis ENIAC :
Tahun dicipta: 1946
Kebolehan : 5000 perlaksaan data/sesaat
Kuasa Elektrik Digunakan : 170 000 watts
Berat : 28 tan
Saiz : 80 inci lebar x 8 inci tinggi
Komponen :17840 tiub vakum,7200 diod kristal, 1500 geganti, 70 000 perintang, 10 000 kapasitor and around 5 juta pateri.
Nilai : Di anggarkan bernilai USD 480 000
Tujuan penciptaan : Kegunaan unit penembak untuk menentukan jarak serangan dengan mengambil kira pembolehubah seperti sudut senjata, keadaan persekitaran dan sebagainya. Tentera Amerika menggunakan semasa Perang Dunia Ke-2 menentang tentera Jerman.
ABQARI:Bayangkan bagaimana rupa bentuk komputer pertama di sunia. Dengan saiz yang besar dan mempunyai keupayaan terhad, tetapi dari penciptaan pertama ini menghasilkan evolusi komputer yang sempurna.

6 Punca Utama Virus Tersebar Di Komputer

Virus amat berbahaya kepada komputer lebih-lebih kepada fail berbentuk dokumen yang dianggap penting. Virus boleh tersebar dengan mudah melalui pelbagai cara antaranya melalui muat turun dan emel.

1.  E-mel
Dengan membuka email sahaja, komputer anda boleh diserang virus, Spyware atau Malware. Terutamanya emel yang disertakan dengan attachment. Secara amnya, virus, spyware atau malware tidak boleh menyerang dengan hanya kita membaca emel sahaja. Ia akan menyerang dan menyelinap masuk ke komputer anda melalui “attachment” yang disertakan. Apabila anda membuka emel, maka virus tersebut akan aktif. Pastikan email tu penghantarnya dari orang yang anda kenali, kalau tidak kenali ‘delete’ terus. Namun sesetengah penyedia khidmat emel telah mempunyai fungsi mengimbas dan menyekat penularan virus melalui e-mail / “attachment”

.

2.  Download (muat turun)
Anda yang gemar memuat turun perisian percuma, lagu-lagu format mp3 secara percuma, fail video, gambar, permainan komputer percuma dan lain melalui Kazaa, Limewire, Warez atau laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan ‘download’ .Kemungkinan besar fail yang anda ‘download’ itu mempunyai virus, spyware dan malware. Sebaik-baiknya pastikan anda tidak “muat turun” sebarang jenis fail dari sumber yang meragukan ketulinan dan keselamatannya.

3.  Klik Iklan
Sekarang ni banyak iklan yang diperkenalkan yang membuatkan anda teruja untuk mengklik pada iklan tersebut.Namun bukan semua iklan itu benar. Dengan hanya mengklik sahaja, komputer anda dalam bahaya. Ada iklan yang mempunyai pautan ke laman web yang mempunyai “skrip virus”.  Pastikan anda sedar dan tahu laman web yang ingin dilawati. Juga pastikan alamat yang tertera pada iklan itu adalah sama dengan apa yang terpapar apabila “cursor” tetikus berada pada pautan tersebut

4.  Memasang perisian yang mencurigakan
Memasang perisian seperti perisian aplikasi dan permainan yang tidak tahu asal usulnya. Pastikan pengeluar program – program ini dari pengeluar-pengeluar yang boleh dipercayai. Sebelum anda “download”, pastikan anda melihat komen-komen dari pengguna yang pernah menggunakan perisian tersebut bagi melihat pandangan dari pengguna internet yang lain. 
5.  Melayari Laman Web Lucah
Kebanyakkan laman web lucah mengandungi banyak spyware dan juga malware. Kedua-duanya adalah sebagai pembuka laluan bagi virus untuk memasuki dan menyerang komputer anda. Jangan melayari laman web begini untuk mengelakkan jangkitan kepada komputer anda.
6.  Perisian anti virus tidak dikemaskini (update)
Mengikut pengalaman saya ketika menerima komputer yang bermasalah dari pelanggan, didapati pelanggan saya itu tidak mengetahui sama ada anti virus mereka sudah dikemaskini atau tidak.  Malah ada yang tidak ambil kisah mengenainya. Jika anti virus anda tidak mempunyai kemaskini definisinya, maka ianya mungkin tidak dapat “melawan” serangan virus yang sentiasa mempunyai variasi terbaru setiap hari…
Contohnya, pelanggan saya itu kebanyakkannya terdiri dari pada mahasiswa maha siswi universiti, kolej dan pusat latihan yang lain. Apabila masalah virus mengganggu “kerja kursus” mereka barulah mereka beria-ia ingin menyelesaikannya.  Lebih teruk lagi kerja kursus yang perlu dihantar dalam beberapa hari lagi habis musnah dek kerana kesan jangkitan virus.
ABQARI:Semahal dan secanggih manapun sesebuah perisian anti virus yang dipasang di dalam komputer anda, ianya tidak bermakna jika tidak dikemaskini “definisi virusnya” dengan kerap. 

Cristiano Ronaldo Jual Kasut Emas Sumbang Derma Kepada Palestin



Cristiano Ronaldo, Pemain bola sepak termahal di dunia yang sering dilabel dengan gelaran kaki perempuan yang sombong mengubah pandangan dunia terhadapnya apabila dia telah memberikan kasut emas yang dimenanginya kepada lembaga amal bagi membantu anak-anak Palestin.
Bekas pemain Manchester United itu yang kini bermain bersama kelab Real Madrid telah dilaporkan melelong kasut emas miliknya yang dimenangi pada tahun 2011 pada harga 1.4 juta euro. Wang hasil lelongan itu telah disumbangkan bagi membina beberapa buah sekolah yang hancur di sepanjang Tebing Gaza.
Sokongan Cristiano Ronaldo terhadap rakyat Palestin adalah signifikan dan pernah mengenakan skaf Free Palestin sebagai tanda sokong pembebasan Negara itu dan dikhabarkan juga pernah berkunjung ke tanah pendudukan Palestin sekitar tahun 2005-2007. Mari kita berdoa agar Cristiano Ronaldo mendapat hidayah memeluk agama islam. Jika beliau dikurniakan hidayah, nescaya peminat-peminatnya juga pasti turut mengikut jejak langkahnya.
KOMEN LA SIKIT!!!

iklan