Sabtu, 21 Jun 2014


COOL - MOTOSIKAL ELEKTRIK PALING BERKUASA DI DUNIA (15 GAMBAR)


Voxan Wattman yang merupakan motor elektrik paling berkuasa di dunia. Ia diperlihatkan kepada umum isnin lalu di Paris Motorshow. Kenderaan elektrik ini diperkasakan motor elektrik dengan 200 kuasa kuda yang mampu memberikan kelajuan maksimum 160 kilometer sejam. Ia juga dikatakan mampu bergerak sejauh 180 kilometer dengan sekali caj. Buat masa ini harga jualan dan bila ianya akan terjual masih belum diketahui.

COOL - BELL V-280 VALOR : PESAWAT TILT ROTOR MASA HADAPAN (11 GAMBAR)

Semalam syarikat pengeluar helikopter Bell memperlihatkan V-280 Valoriaitu konsep pesawat tilt rotor (kipas berputar) terkini mereka. V-280 Valor ialah antara prototaip yang bakal dihasilkan untuk projek Future Vertical Lift yang akan mengantikan helikopter UH-60 Black Hawk, AH-64 Apache dan CH-47 Chinookyang digunakan sekarang . Berbeza dengan Bell V-22 Osprey yang digunakan anggota Marine mereka sekarang, V-280 valor mempunyai sistem kipas yang berpusing tetapi enjin yang diletakkan pada hujung sayap akan kekal mendatar. Ini diharapkan dapat memberikan kemampuan enjin yang lebih baik ketika ianya terkantung-kantung di udara ketiak dalam mode helikopter.


4 GAMBAR PROTOTAIP PROTON ZAARA 2014

Gambar prototaip Proton Zaara mula tersebar di media sosial. Tetapi persoalan yang pertama bermain di fikiran ialah,




"Apakah nasib yang bakal menimpa Proton Zaara?"


Persoalan ini sebenarnya merujuk kembali kepada model Proton Suprima yang dikatakan tidak mendapat sambutan ramai. Ini kerana harga Proton Suprima dikatakan terlalu mahal dan bagi pengguna, lebih baik mereka memilih Toyota Vios yang ruangnya lebih besar dan kualitinya lebih dari Proton. 


Itulah pandangan mereka yang harus kita hormat. Tidak salah untuk memberikan pandangan bukan?


Walau bagaimanapun, prototaip Proton Zaara ini juga menarik. Mungkin juga model ini akan menggantikan model Proton Satria atau menjadi keluaran baru untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada orang ramai.



Dengan rekabentuk yang agak sporty, terserlah sedikit unsur-unsur Lotus di dalam rekabentuk Proton Zaara ini. 


iklan