Ahad, 12 Januari 2014

COOL : iBamboo: Speaker iPhone Diperbuat Dari Buluh Tanpa Penggunaan Elektrik

Nak mencari speaker iPhone bukannya susah, tapi nak mencari speaker yang unik dan paling penting menjimatkan elektrik, mungkin iBamboo ini pilihan yang sesuai, terutamanya pencinta alam semulajadi di luar sana.

Speaker yang direka oleh Anatoliy Omelchenko dari Triangle Tree ini rekaannya sangat simple, hanya menggunakan potongan buluh dan selitkan sahaja iPhone anda ke dalam lubang yang disediakan. That's it. Bentuk semulajadi yang terdapat pada buluh tersebut menguatkan bunyi dan menghasilkan kesan pseudo-stereo yang tidak memerlukan tenaga elektrik.

Walaupun iBamboo ini bukanlah speaker tanpa elektrik yang pertama dicipta, namun ianya mempunyai pelbagai kelebihan, antaranya buluh yang berkepanjangan satu kaki ini ringan dan tahan lama. Dan oleh kerana ia diperbuat daripada bahan semulajadi, bunyi yang dihasilkan adalah unik di mana tiada dua speaker yang akan menghasilkan bunyi yang sama.


Fakta tambahan: buluh merupakan salah satu tumbuhan paling pesat berkembang di dunia dan ianya menghasilkan lebih banyak oksigen berbanding pokok yang lain pada berat yang sama. Hmm, satu alasan yang menarik untuk dipertimbangkan apabila ingin memilih speaker ini.

Tapi wajar ke design yang simple sebegini dipatenkan? Rasanya siapa-siapa pun boleh buat. Bulan puasa pun nak dekat, jadi sambil-sambil buat pelita buluh atau lemang sempena hari raya nanti, bolehlah buat sendiri speaker ni.



COOL : Pengecas Telefon Bimbit Tanpa Menggunakan Tenaga Elektrik (3 Gambar)

Alat pengecas mudah alih yang dikenali sebagai SOSCharger ini telah direka untuk membolehkan pengguna mengecas telefon bimbit mereka dengan engkol tangan yang mudah. Alat unik ini telah dijual dengan harga USD$35 sahaja.

Di samping memperoleh tenaga daripada engkol tangan, ia juga berfungsi sebagai bateri mudah alih 1500mAh atau power bank yang boleh dicas semula. Pada asasnya, ia direka bagi menyimpan bateri yang dikenakan supaya ia bersedia di saat anda memerlukannya.

Dengan mengecas menggunakan engkol tangan yang disediakan selama 3-5 minit, ia dapat menyediakan masa untuk anda bercakap kira-kira 5-12 minit. Alat ini juga disediakan dengan penyambung USB bagi mengecas bateri tersebut.



WTF : Buku Yang Akan Hilang Tulisannya Jika Tidak Dibaca

 

Kumpulan penerbitan Argentina Indie telah menampilkan konsep inovatif buku yang amat unik dimana mereka menggunakan dakwat yang akan hilang dengan pudar secara perlahan-lahan dalam tempoh masa hanya 2 bulan. Secara tidak lansung, setiap halaman muka surat buku tersebut akan menjadi kosong jika tidak dibaca!

Buku unik yang dikeluarkan dengan konsep sebegini digelar sebagai “El Libro que Tiada Puede Esperar” yang memberi makna sebagai “Buku Itu Tidak Boleh Tunggu”. Konsep yang menarik ini telah dipelopori oleh mereka untuk sebagai satu cara dalam menggalakkan penulis muda dalam aktiviti terus menulis dengan lebih giat lagi dimana secara logik apa yang mereka fikirkan terhadap ramai penggemar novel akan lebih peka dengan menunggu keluaran buku-buku baru dari penulis.

Buku-buku ini datang dengan kaedah pembungkus plastik yang menarik dan unik dimana sekali ia dikeluarkan, dakwat akan mula menghilang dalam masa 60 hari. Jadi, pembaca harus menghabiskan buku tersebut sebelum kesemuanya pudar dan hilang menjadi muka surat yang kosong.

Menjadi persoalan dalam dunia moden kini, adakah buku-buku seperti ini mampu dapat bertahan dari segi pengeluarannya? Berdasarkan statistik penjualan buku dakwat yang tidak kekal ini, untuk pencetakan pertama mereka mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda dan apa yang mereka harapkan adalah akan lebih ramai lagi penulis yang ingin menggunakan idea mereka ini. Mereka juga merancang untuk menggunakan dakwat yang akan hilang untuk kegunaan lain pada masa depan.

WTF : SPESIS LEMBU YANG DIUBAH GENETIK SUPER BADASS (8 Gambar)

Punca yang menyebabkan haiwan ini kelihatan besar adalah disebabkan pengubahsuaian pada genetiknya yang dikenali sebagai gen myostatin, iaitu gen yang bertanggungjawab menjadikannya saiznya berganda dari biasa serta berotot.


Spesies lembu istimewa ini mempunyai lebih daripada 40% jisim otot tambahan. Mereka mampu membesar dengan sangat pantas dan menghasilkan susu yang tinggi dengan protein untuk anak-anak mereka.
Apa yang tidak di ketahui oleh orang ramai, spesies lembu yang telah diubahsuai dari segi genetik sebenarnya mampu memberikan manfaat yang baik kepada kita. Walaubagaimana pun, proses pengubahsuaian genetik ini akan memberi kesan yang buruk kepada lembu tersebut di mana ia mungkin memberikan masalah kesihatan seperti bengkak pada lidah, kaki menjadi kaku yang menyukarkan mereka untuk makan dan bergerak serta membawa kepada kematian.

COOL : 10 Tempat Paling Unik Seluruh Dunia Yang Akan Membuatkan Anda Terpegun!

Dunia ini penuh dengan tempat-tempat yang unik dan menakjubkan untuk dilawati dan dengan kemajuan teknologi, tempat-tempat yang terpencil tapi mengagumkan seumpama ini dapat dijumpai. 

Melihat keindahan alam yang mempersonakan ini akan membuatkan hati mengagumi kebesaran Allah yang menciptakan seluruh alam, walaupun hanya sekadar dapat melihat dari skrin komputer, itu pun jadilah. Senarai ini memperlihatkan 10 tempat paling unik dan menakjubkan dari seluruh dunia, yang tidak mengikut turutan penpatah



10. Pamukkale, Turki









 

Pamukkale dalam bahasa Turki bermaksud istana kapas, dan juga dipanggil istana putih kerana persekitarannya yang keputihan disebabkan oleh kepekatan calcite yang tinggi di dalam air. Endapan sedimen dari batu travertine menghasilkan teres putih, air terjun yang membatu dan hutan mineral yang membentuk landskap di sekitarnya.

17 mata air panas di sini pula dipanaskan oleh gunung berapi bawah tanah. Kawasan ini juga menjadi spa untuk berubat sejak ribuan tahun dan menarik pengunjung dari serata dunia, selain kerajaan Rom pernah membina kota kuno Hieropolis di sini penpatah.

9. Sanqingshan, China

 

Sanqingshan yang dianggap sebagai tempat suci ini digunakan oleh penganut agama Tao untuk meditasi, dan dipercayai mampu memberikan keabadian hidup penpatah  Tempat ini diselubungi kabus selama 200 hari setahun dan kabus ini menyumbang kepada persekitaran yang sangat menyamankan, bersama-sama dengan beribu-ribu anak sungai yang mengalir ke tasik-tasik, formasi batu granit yang menyerupai bentuk manusia dan haiwan dan pokok-pokok pain yang berbentuk unik.

Tasik-tasik dan tumbuh-tumbuhan mewujudkan persekitaran unik yang menarik banyak spesis burung dan haiwan eksotik yang jarang dijumpai.

8. Vale Da Lua, Brazil


 

Tempat ini merupakan lembangan batu yang terbentuk hasil hakisan dari Sungai San Miguel. Vale Da Lua bermaksud lembah bulan dan diberikan nama tersebut kerana hakisan dari sungai menyebabkan batu tersebut menjadi licin dan berwarna kelabu seperti di bulan penpatah  Lembah ini juga mempunyai batu tertua di dunia, degan anggaran usia menjangkau 1.8 billion tahun. Sungai tersebut pula telah membentuk gua, air terjun dan pembentukan batu yang pelik. Jika dilihat dari angkasa lepas, kawasan ini merupakan yang paling bercahaya di bumi.

7. Socotra, Yaman



Socotra digambarkan sebagai salah satu tempat yang kelihatan seperti asing dari planet lain penpatah  Ianya sangat terasing dengan iklim yang ekstrem dan kering, dan hasilnya satu pertiga daripada tumbuhan di sini tidak terdapat di tempat-tempat lain, termasuk pokok Darah Naga yang terkenal, tumbuhan luar biasa berbentuk seperti payung yang mengeluarkan getah berwarna merah. Socotra dianggap sebagai tempat mempunyai paling banyak kepelbagaian tumbuhan di tanah Arab dan disenaraikan sebagai tapak warisan dunia.

6. Laut Mati, Jordan


Laut Mati yang juga dikenali sebagai Laut Garam ini terletak di sempadan Jordan dan Israel. Ianya terletak di ketinggian paling rendah di atas permukaan bumi. Disebabkan kemasinan dan kepadatan yang sangat tinggi, ianya digelar Laut Mati dan airnya lebih masin berbanding air laut. Ianya juga terkenal dengan sifatnya yang boleh mengapungkan manusia di atas permukaan air penpatah. Hidupan air seperti ikan juga tidak mampu untuk hidup di sini.

5. Great Blue Hole, Belize


Lubang dalam yang digelar sebagai Blue Hole ini boleh didapati di perairan Bahamas dan Belize. Lubang ini selalunya merupakan pintu masuk ke rangkaian gua dan ada di antara kepanjangannya mencecah sehingga 14 kilometer. Penyelam telah melaporkan menjumpai sejumlah besar makhluk akuatik yang masih baru kepada sains.

4. Chocolate Hills, Bohol, Filipina


Chocolate Hills merupakan tempat tarikan pelancong paling popular di Bohol, Filipina yang disenaraikan di nombor 6 dalam tujuh keajaiban baru dunia. Kawasan bukit ini terdiri daripada kira-kira 1268 bukit batu kapur yang dilitupi rumput berbentuk kon dengan ketinggian antara 40-120 meter penpatah  Chocolate Hills yang merupakan satu keajaiban alam ini juga disenaraikan sebagai tugu geologi nasional Filipina.

Semasa musim panas, bukit batu kapur yang dilitupi rumput ini akan mengering dan bertukar warna menjadi perang, mengubah kawasan ini menjadi barisan bukit yang kelihatan seperti coklat. Direkodkan bahawa tiada pembentukan semulajadi yang seumpamanya di dunia.


3. Rio Tinto, Sepanyol


Sungai Rio Tinto mengalir dari gunung Sierra Moreno hingga ke Teluk Cadiz di Huelva, Sepanyol. Rio Tinto bermaksud sungai merah dan ini bertepatan dengan keadaan sungai ini yang berwarna merah disebabkan tahap besi yang tinggi. Sungai ini dilombong untuk tembaga, emas dan perak sejak dari zaman kuno dan berterusan sehingga hari ini.

Ianya juga mempunyai lombong tertua di dunia, yang dipercayai peninggalan Nabi Sulaiman. Disebabkan aktiviti perlombongan, sungai ini mempunyai kadar asid yang tinggi dan menjadi habitat kepada organisma yang hanya hidup dalam keadaan ekstrem.



2. Fly Geyser Reno, Nevada


Pancutan air panas ini terhasil secara tidak sengaja daripada penggerudian mencari telaga air, walaupun ianya tidak terbentuk sehinggalah tahun 1960. Tempat yang mempunyai kawasan geoterma ini telah menyebabkan air panas terpancut ke atas permukaan dan mineral mula terbentuk yang akhirnya menghasilkan gunung berapi kecil setinggi 5 kaki, dengan lapisan teres penpatah  Teres tersebut mempunyai warna berlainan disebabkan mineral yang terdapat di situ. Tempat yang asalnya tidak mempunyai banyak air ini telah menarik angsa, itik, ikan dan juga haiwan-haiwan ke sini.



1. Cano Cristales, Colombia


Cano Cristales merupakan sungai yang terletak di pergunungan Serrania de la Macarena. Kawasan ini sangat terpencil di mana cara untuk ke sana hanyalah dengan menaiki kuda, keldai atau berjalan kaki. Kawasan ini dipenuhi dengan air terjun, jeram dan perigi di mana airnya sangat jernih hingga permukaannya boleh jelas dilihat.

Dalam tempoh antara musim hujan dan musim kemarau yang berlaku antara September-November, sungai tersebut akan bertukar dengan dipenuhi warna. Alga di dalam sungai menghasilkan campuran warna merah, biru, hijau, hitam dan kuning penpatah  Sungai ini juga tidak mempunyai ikan kerana salurannya yang rumit dan bersimpang-siur. Sungai ini juga dipanggil The River of Five Colours, The Liquid Rainbow dan The River That Ran Away From Paradise.

Jadi amacam?


COOL: : Silic", T Shirt Kalis Air Dan Mampu Bersih Dengan Sendirinya

Pakaian unik ini merupakan projek yang diusahakan oleh KickStarter dan diberi nama sebagai 'Silic T-shirt'. Ia direka kerana pada setiap hari, pakaian yang sering dipakai sering terdedah kepada pelbagai keadaan yang mampu merosakkan fabrik. Ancaman terbesar sering datang dalam bentuk benda yang kita makan dan minum. Oleh itu, Silic mampu mengekalkan anda sentiasa bersih.


Pakaian ini juga diperbuat dari bahan istimewa iaitu Hydrophobic Nanotechnology yang memberikan ia kesan kalis air dan sentiasa bersih. Sekiranya anda berpeluh, ia akan menyejat dengan sendirinya ke udara dan tidak diserap oleh pakaian. Pakaian ini boleh didapati dalam dua warna iaitu putih dan hitam.
 
 

iklan