Ahad, 12 Januari 2014

WTF : Buku Yang Akan Hilang Tulisannya Jika Tidak Dibaca

 

Kumpulan penerbitan Argentina Indie telah menampilkan konsep inovatif buku yang amat unik dimana mereka menggunakan dakwat yang akan hilang dengan pudar secara perlahan-lahan dalam tempoh masa hanya 2 bulan. Secara tidak lansung, setiap halaman muka surat buku tersebut akan menjadi kosong jika tidak dibaca!

Buku unik yang dikeluarkan dengan konsep sebegini digelar sebagai “El Libro que Tiada Puede Esperar” yang memberi makna sebagai “Buku Itu Tidak Boleh Tunggu”. Konsep yang menarik ini telah dipelopori oleh mereka untuk sebagai satu cara dalam menggalakkan penulis muda dalam aktiviti terus menulis dengan lebih giat lagi dimana secara logik apa yang mereka fikirkan terhadap ramai penggemar novel akan lebih peka dengan menunggu keluaran buku-buku baru dari penulis.

Buku-buku ini datang dengan kaedah pembungkus plastik yang menarik dan unik dimana sekali ia dikeluarkan, dakwat akan mula menghilang dalam masa 60 hari. Jadi, pembaca harus menghabiskan buku tersebut sebelum kesemuanya pudar dan hilang menjadi muka surat yang kosong.

Menjadi persoalan dalam dunia moden kini, adakah buku-buku seperti ini mampu dapat bertahan dari segi pengeluarannya? Berdasarkan statistik penjualan buku dakwat yang tidak kekal ini, untuk pencetakan pertama mereka mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda dan apa yang mereka harapkan adalah akan lebih ramai lagi penulis yang ingin menggunakan idea mereka ini. Mereka juga merancang untuk menggunakan dakwat yang akan hilang untuk kegunaan lain pada masa depan.

Tiada ulasan:

iklan