Sabtu, 4 Oktober 2014

BOMBA GUNA TOPENG OKSIGEN PALING KECIL UNTUK SELAMATKAN HAMSTERS



Anggota bomba di Lacey, Washington, terpaksa menggunakan topeng oksigen paling halus mereka untuk menyelamatkan sebuah keluarga hamster dalam kebakaran rumah bergerak pada September 26.

Walaupun api dapat dikawal dengan pantas, anggota bomba terpaksa membuka "panduan kecemasan haiwan belaan" apabila mereka menjumpai hamster tersebut.

Oreo, Madonna, dan anak mereka yang masih lagi belum dinamakan telah berjaya diselamatkan dan dirawat dengan alat pertolongan kecemasan yang paling halus itu. -

Sumber: SiakapKeli.com



ANJING BERTUKAR KERAS MACAM BATU SELEPAS JATUH DALAM TAR



Rajasthan:Anjing ini telah terjatuh ke dalam tar panas sebelum tar sebut mengeras dan menjadikannya keras seperti batu.

Bagaiamanapun anjing itu masih bernasib baik kerana orang ramai yang melalui di jalan tersebut di Udaipur telah menghubungi pasukan penyelamat.

Disebabkan tar tersebut telah menjadi keras, anjing berkenaan juga tidak mampu bergerak dan hanya terbaring.

Hanya matanya yang berkelip-kelip, menambahkan simpati orang ramai yang menyaksikan binatang tersebut.

Pasukan penyelamat terpaksa bekerja keras selama dua hari tanpa mengenal erti penat bagi membuang tar yang mengeras di badan anjing tersebut dan ia terpaksa dilakukan secara berhati-hati.

Kerja menyelamat itu dijalankan badan bukan kerajaan (NGO) Animal Aid Unlimited yang menggunakan minyak untuk melembutkan tar tersebut dan menariknya perlahan-lahan apabila ia merekah.

Namun ia bukannya satu usaha yang mudah.

Selepas dua hari, tar itu berjaya dikeluarkan dan anjing berkenaan mampu bergerak bebas .

Animal Aid merupakan NGO yang memberikan perkhidmatan sukarelawan untuk merawat binatang yang terbiar di jalanan.

Setiap tahun, beribu-ribu binatang yang cedera dan sakit diberikan rawatan dan disediakan pusat perlindungan. ─ Daily Mail

Salon Ubah Kucing Jadi Naga



SEEKOR kucing 'diubah' menyerupai naga oleh kakitangan salun di Yekaterinburg, Russia. - AGENSI


MOSCOW - Sebuah salun haiwan di Rusia menimbulkan kemarahan kumpulan pencinta haiwan peliharaan apabila menawarkan perkhidmatan mengubah penampilan haiwan-haiwan berkenaan secara ekstrem termasuk menjadi haiwan lain atau serangga.

Portal berita Mail Online melaporkan, salun di Yeka­terinburg, Russia itu dalam satu kes melampau, mengubah seekor kucing menyerupai seekor naga.

Pemilik salun itu, Daria Gotz berkata, mereka memotong bulu haiwan itu dan menggunakan pewarna untuk mendapatkan penampilan tersebut.

Tidak dijelaskan sama ada pewarna tersebut boleh mengancam haiwan peliharaan namun Gotz mendakwa bahan pewarna itu 'mesra' kepada haiwan berkenaan.

"Pewarna ini dibuat daripada ekstrak botani semula jadi dari Korea," katanya.

Menurut laporan, pewarna itu akan kekal pada bulu haiwan peliharaan selama beberapa bulan sebelum luntur.

Pertubuhan hak asasi haiwan, Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals United Kingdom berkata, haiwan tidak sepatutnya diwarnakan untuk alasan kosmetik.

"Tindakan itu boleh menyebabkan haiwan peliharaan maut. Proses mengubah penampilan itu juga boleh memberi tekanan kepada haiwan-haiwan terlibat," katanya.

Lelaki Tertua Di Dunia Amal Makan Cicak Hidup Lama (Pelik!)

Makan cicak boleh hidup panjang? Satu fakta yang boleh disangkal kerana tiada sebarang kajian membuktikannya. Namun tidak kepada lelaki ini yang berpendapat amalan memakan cicak boleh memanjangkan usia seseorang itu. Buktinya, lelaki ini telah diiktiraf sebagai lelaki tertua di dunia dan mengamalkan memakan cicak hampir setiap hari. Peliknya! Jom layan gambar di bawah ini
tua1


Bolivia –Rahsia umur panjang bagi seorang lelaki di Bolivia, iaitu manusia paling tua di dunia ialah dengan makan cicak.
Flores Laura yang berketurunan Aymara itu, berusia 123 tahun dan menetap di kawasan tasik Titicaca.
Dia yang kematian isteri sejak sedekad lalu, tidak pernah jatuh sakit.
tua2
Flores mempunyai tiga anak dan satu-satunya anaknya yang masih hidup adalah Cecilla yang kini sudah berusia 67 tahun.
Meskipun hidup sendirian namun Flores mempunyai keluarga yang besar dan dikelilingi oleh 40 cucu SERTA, 19 cicit.
The Guinness World Records sebelum ini menyatakan bahawa manusia paling tua di dunia adalah seorang wanita dari Jepun iaitu Misao Okawa yang berusia 115 tahun.
Bagaimanapun selepas sijil lahir Flores Laura ditemui, ia tertulis bahawa lelaki itu dilahirkan pada 16 Julai 1890, sekali gus membolehkannya diisytihar sebagai lelaki paling tua di dunia.
tua3
tua4

Gambar & Video Iphone 6 mudah menjadi Bengkok



Walaupun iphone 6 baru saja dikeluarkan namun kini desas desus tentang keburukan iphone 6 mula tersebar. Nampaknya rekaan nipis untuk iPhone 6 Plus hadir dengan kesan negatifnya tersendiri, apabila kini hadir beberapa laporan mengatakan iPhone 6 Plus mudah menjadi bengkok apabila diletakkan didalam saku seluar untuk suatu tempoh masa.

iPhone 6 Plus hadir dengan rekaan bersaiz 5.5-inci, dan berbeza dengan kebanyakkan peranti bersaiz phablet yang lain, ia dilihat iPhone 6 Plus membengkok. Mengikut laporan awal daripada pengguna, iPhone 6 Plus menjadi sebegitu apabila diletakkan dalam saku seluar untuk suatu tempoh masa.

Pihak Apple tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengannya buat masa ini. Mungkin salah satu cara mudah untuk mengelakkannya adalah mendapatkan kerangka tambahan, dan mengelakkan kejadian seperti ini terjadi.


\

Buah Anggur Ini Berbuah Pada Batang Pokok (8 Gambar)

Memang sesuatu yang agak pelik jika anggur berbuah di batang pokok. Namun itulah realitinya apabila pokok yang dikenali sebagai Jabuticaba. Pokok ini hanya boleh ditemui di Minas Gerias dan Sao Paulo, Brazil. Buahnya tumbuh terus dari batang pokok SERTA pada dahan pokok itu. Buahnya agak besar dan mempunyai diameter dalam 3 sehingga 4 cm. Buah anggur ini boleh didapati sepanjang tahun walaupun pokok ini hanya berbunga 2 kali setahun. Tetapi jika diamati, ia sedikit berbeza dari buah anggur yang lain. Kurang pasti adakah rasanya sama atau berbeza. Apa yang paling penting, pokok anggur ini ternyata unik sekali!
anggur1


anggur2
anggur3
anggur4
anggur5
anggur6
anggur8
anggur7

iklan