Hi semua! Maybe korang dah main atau dengar member korang main DotA 2. Tapi ada antara korang yang tak faham apa tu DotA 2? Sebenarnya, DotA 2 ni lebih kurang expansion dari DotA 1 lah. Graphics lagi cantik, hero-hero nampak cool je semua. Harini, aku nak terang kat korang apa itu DotA 2.
DotA 2(Defense of the Ancient 2) adalah sebuah game strategi yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Radiant dan Dire. Kumpulan ni akan berentap akan satu sama lain dimana kubu kumpulan Radiant terletak di bahagian barat daya peta tersebut, manakala kubu kumpulan Dire terletak di Timur Laut peta tersebut.
Setiap kubu akan dikawal oleh ‘towers’ dan sekumpulan ‘creeps’ yang akan muncul di kubu menghala ke kubu lawan mengikut laluan yang ditetapkan. Di kawasan tengah kubu terdapat sebuah bangunan yang dipanggil Ancient. Bagi memenangi game tersebut, kumpulan ini akan cuba untuk memusnahkan Ancient pihak lawan.
Setiap kumpulan memuatkan maksimum 5 orang bermain. Jadi, dalam sesebuah perlawanan itu selalunya akan terdapat 10 orang yang bermain, 5 di Radiant dan 5 di Dire. Setiap orang akan mengawal satu unit yang dipanggil ‘Hero’. Hero adalah unit yang kuat dan mempunyai kuasa-kuasa yang berlainan mengikut Hero yang dipilih. Tapi, dalam DotA 2, both team boleh bawak 6 orang untuk berlawan. Tapi, 5 orang je yang main lagi sorang tu coach. Kerja coach, boleh tengok dan buat strategy. Coach tak main dan coach tak diberikan hero pon.
Dalam permainan DotA 2 ni, setiap pemain akan memilih satu daripada hero-hero yang mempunyai kuasa-kuasa tertentu dan keupayaan untuk mengatasi Hero kumpulan lawan. Hero pulak ada 3 jenis Strength, Agility dan Intelligence. Jadi, pemain kenalah bijak memilih hero-hero mereka. Bagi memenangi perlawanan ini, kerjasama sebagai satu kumpulan amat penting. Agak mustahil jika seorang pemain itu untuk bermain berseorangan untuk menentang 5 hero pihak lawan.
Disebabkan game DotA ni adalah game yang kita hanya perlu mengawal satu unit iaitu Hero sahaja, jadi pemain tak perlu membina bangunan dan sebagainya seperti Starcraft. Pemain hanya perlu menguatkan Hero yang dikawal sahaja. Untuk menguatkan Hero neh lah pemain perlu membunuh Hero atau Creeps pihak lawan untuk mendapatkan Gold. Gold inilah yang akan digunakan oleh pemain untuk membeli barang-barang bagi menguatkan hero mereka. Setiap Hero atau Creeps yang dibunuh juga akan memberikan ‘experince point’ di mana ianya diperlukan untuk menaikkan level Hero tersebut. Setiap level akan membolehkan pemain meng’unlock’ keupayaan atau kuasa/spell untuk Hero yang dikawal.
DotA 2 ni boleh main ikot Steam je. So, korang kena download steam dulu, lepastu baru cari DotA 2 dalam Steam game library. Game ni top bro. Sebelum ni aku dah post pasal competition DotA 2 : The International 4. Jom la ramai-ramai main game ni. Aku pon melayan jugak game ni. Dari korang dok layan DotA 1 yang graphic tah pape, baik layan DotA 2 bro, graphic dye bagi aku, gempak la untok game RTS(Real-time Strategy).