Jumaat, 20 Mac 2015

REKAAN BAS ELEKTRIK SEPENUHNYA PERTAMA MALAYSIA UNTUK BRT SUNWAY (13 GAMBAR)

Go Planet!

Tahun lalu kami ada paparkan rekaan konsep untuk sistem Bus Rapid Transit Sunway. Projek laluan bertingkat khas untuk bas ini sudah dijalankan sejak 2012 dan akan mula beroperasi bulan Jun ini. Semalam RapidKLmemperlihatkan bas yang menggunakan sepenuhnya tenaga elektrik untuk laluanBRT Sunway. Laluan ini akan mempunyai 7 buah stesen yang apabila siap sepenuhnya akan menyambunga stesen Komuter Setia Alam dan stesen LRT USJ 7. Stesen USJ 7 dijangka siap pada tahun 2016

Bas elektrik pertama di Malaysia ini mampu memecut sehingga 80 kilometer sejamdan membawa 65 penumpang sekaligus. Terdapat kemudahan untuk golongan OKU berkerusi roda juga. Sistem BRT ini dijangka dapat memgurangkan kesesakan di Bandar Sunway dan Subang Jaya yang kini sudah mencecah tahap legendary. Kini boleh pergi ke Sunway Lagoon dan Pyramid tanpa perlu rage quit tak ada parking!











1 ulasan:

Johan berkata...

Indon baru berencana.... ha ha.. setakat berencana tanpa apa-apa.. puih.

iklan