Ahad, 27 Julai 2014
Ahad, 13 Julai 2014
Kejadian Aneh Berlaku di Malaysia Awal Pagi Tadi
Pada awal pagi semalam, kekecohan hampir tercetus apabila kira-kira 200 warga Nepal yang bekerja di kilang papan di Johor Bahru mendesak agar majikan mereka memanggil bomoh untuk menghalau hantu yang kononnya menyebabkna kematian empat rakan mereka dalam tempoh sebulan.
"Lebih kurang jam 8.30 malam, pekerja terbabit mula mengadakan perhimpunan. Mereka semua amat bimbang menjadi mangsa yang seterusnya." jelas Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Kota Setar, Deputi Seperintendan Mat Akhir Jaafar. Difahamkan, kebanyakan warga Nepal yang berkerja di situ masih berpegang kepada kepercayaan karut dan berfikir bahawa hantu yang telah membunuh 4 orang rakan mereka yang telah meninggal dunia sebelum ini. Walaubagaimana pun, perhimpunan yang melibat 200 orang warga Nepal tersebut tidak bertukar menjadi rusuhan.
Anggota polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaga-jaga ketika warga Nepal berhimpun depan kilang di Jabi, kelmarin. Mat Akhir berkata, dalam perhimpunan itu, seorang daripada pekerja kilang mengalami sesak nafas dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Sementara itu katanya, bagi mendedahkan kejadian sebenar pihaknya turut membawa wakil pekerja asing itu ke HSB bagi mendapatkan penerangan lanjut daripada doktor mengenai punca kematian rakan mereka.
“Dalam perjumpaan itu, doktor memaklumkan kepada mereka bahawa punca sebenar kematian rakan mereka ialah disebabkan masalah kesihatan manakala seorang lagi disebabkan kemalangan,” katanya.
"Kami dapati kebanyakan perkerja Nepal ini gemar mengambil minuman keras yang tidak berjenama, dan perkara ini berkemungkinan boleh menyebabkan maut." Jelas Mat Akhir.Selain itu, beliau juga mendakwa, faktor pemakan dan persekitaran kediaman yang tidak baik juga boleh menjadi punca kepada masalah kesihatan kepada mereka.
Mengambil langkah solusi kepada perkara ini, pihak pengurusan kilang tersebut tetap membuat keputusan untuk menggunakan khidmat bomoh atau sami bagi menghalau hantu yang dipercayai oleh pekerja-pekerja Nepal
tadi.
WTF : Harga Mini Cooper Turun RM30,000
Usaha kerajaan untuk menurunkan harga kereta di pasaran tempatan terus menampakkan hasil.
Terbaharu, kereta kompak ternama, Mini, memperkenalkan dua model iaitu Mini Cooper Countryman dan Mini Cooper S Countryman ALL4 dengan harga terbaharu masing-masing RM218,888 dan RM258,888.
Bagaimanapun, harga baharu itu masih merupakan cadangan daripada BMW Malaysia dan ia tertakluk kepada kelulusan kerajaan.
Harga terbaharu itu membabitkan penurunan harga sehingga RM30,000 berbanding harga sebelum ini.
Harga terdahulu dua model itu bernilai RM248,888 dan RM268,888.
Penurunan harga itu didorong oleh langkah pemasangan tempatan (CKD) terhadap dua model Mini Cooper tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr. Gerhard Pils berkata, Mini Countryman yang dikendalikan di kilang kenderaan pemasangan tempatan yang dikongsi bersama-sama anak syarikat Sime Darby Bhd., Inokom Corporation Sdn. Bhd. (Inokom), dekat sini itu diperkenalkan bagi memastikan wujudnya bekalan yang optimum untuk jenama Mini di pasaran negara ini.
Selain itu, katanya, pengenalan kenderaan Mini pemasangan pertama di negara ini juga bertujuan untuk mengurangkan kos keseluruhan pemilikan di samping mengekalkan standard kualiti premium sedia ada.
“Pengenalan Mini Countryman yang baharu menandakan model kelima yang menyertai portfolio kenderaan BMW Malaysia. Ia juga mengukuhkan lagi pelaburan dan komitmen pengeluar kereta premium di Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran model terbaru itu yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Industri Kedah, Datuk Dr. Ku Abd. Rahman Ku Ismail di sini hari ini.
Yang hadir bersama ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby, Tan Sri Mohd. Bakke Salleh dan Ketua Bahagian Pengurusan CKD BMW Group, Michael Gallmann.
Pils berkata, Mini Countryman baharu pemasangan tempatan itu secara keseluruhannya sama dengan kereta yang diimport kerana dibina menggunakan strategi yang menggabungkan teknologi dan casis termaju.
Tambah beliau, Mini Countryman tersebut didatangkan dalam dua siri pilihan enjin 1.6 liter iaitu Mini Cooper Countryman dan Mini Cooper S Countryman ALL4.
WTF : 10 Model Kereta Telah Diturunkan Harga
Langkah kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat sebagai memenuhi aku janji dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 mula menampakkan hasilnya apabila 10 buah model kereta telah mencatatkan penurunan.
Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, beberapa model kereta daripada jenama Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda masing-masing telah menyaksikan penurunan harga untuk fasa pertama.
Petanda awal positif ini jelas menunjukkan hasrat kerajaan menurunkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus secara berperingkat sehingga 2017 bukan satu omongan kosong seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.
Sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%).
Pelan penurunan harga itu dilaksanakan dengan memberikan pengurangan duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari berkata, cara itu adalah lebih baik daripada memberikan pengurangan duti eksais sekali gus atau secara mendadak.
Katanya, walaupun duti eksais sekarang berada di tahap sekitar 65 hingga 105 peratus, tetapi pada hakikatnya, jumlah duti eksais yang dibayar oleh pengeluar kenderaan pemasangan tempatan (CKD) hanyalah sekitar 40 hingga 50 peratus.
Menurutnya, pengeluar kenderaan CKD telah membuat aktiviti tambah nilai kepada komponen tempatan dan mereka layak mendapat pengurangan duti.
“Bagi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dari negara yang mempunyai FTA dengan Malaysia, import duti juga telah dikurangkan.
“Sebagai contoh kenderaan CBU dari negara-negara ASEAN telah pun menikmati insentif bebas duti import bermula 2010 lagi, manakala CBU dari Jepun dan Australia juga menikmati insentif sama secara berperingkat hingga 2016,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Madani berkata, kaedah pengurangan lain yang dirancang kerajaan adalah melalui liberalisasi industri automotif tempatan dan kaedah tekanan pasaran.
“Dari semasa ke semasa, pengeluar kenderaan, vendor bersama dengan kerajaan akan membuat inisiatif untuk memperkasakan daya saing sektor automotif untuk membantu mengurangkan kos operasi, sekali gus mempengaruhi harga akhir produk,” jelasnya.
Beliau berkata, penurunan harga kereta di negara ini telah dilakukan tetapi kurang dirasai rakyat kerana mereka mengharapkan penurunan yang drastik dan mungkin beranggapan harga kereta tempatan boleh menjadi setara dengan harga di Thailand.
Katanya, kerajaan telah menerangkan bahawa penurunan harga kereta mestilah dibuat secara berjadual dalam masa lima tahun kerana perlu melindungi nasib rakyat yang telah memiliki kereta.
“Ini penting, penurunan terlalu tinggi memberi impak negatif terhadap harga kenderaan terpakai, kereta yang masih lagi berhutang dengan pihak bank, industri kereta terpakai, institusi perbankan dan pihak lain yang terlibat secara langsung.
“Penurunan secara drastik juga akan merugikan semua orang terutamanya orang awam yang telah mempunyai kenderaan dan mereka akan mendapat tamparan hebat kerana harga kenderaan mereka akan mengalami penyusutan harga yang teruk.
“Bagi pengguna yang masih berhutang dengan bank, sudah semestinya jumlah hutang mereka akan melebihi nilai kereta disebabkan susut nilai pasaran semasa. Situasi ini tidak baik untuk ekonomi negara,” jelasnya.
Ditanya, apakah faktor yang menyebabkan rakyat tidak merasai penurunan harga kereta, beliau menjelaskan setiap pengeluar kenderaan mempunyai strategi pemasaran yang berasingan.
“Pada permulaannya, kebanyakan pengeluar membuat penurunan melalui rebat dan promosi tetapi setengah pengeluar telah mengurangkan harga kereta secara mutlak.
“Harga kereta dan penurunannya adalah tanggungjawab pengeluar kenderaan,” tegasnya sambil menerangkan peranan kerajaan adalah merangka dasar yang memberi pulangan yang baik kepada semua pihak.
COOL - TAPAK PELUPUSAN KERETA TERBIAR DAN ROSAK DI UAE (11 GAMBAR)
Recycling tin aluminium is too mainstream
Cara kereta mewah dilayan oleh golongan kaya di UAE sama macam kita melayan sebuah Datsun 120Y tahun 80an. Macam tidak bernilai. Oleh sebab itu kerajaan UAE terpaksa membina tapak pelupusan dan kitaran semula kenderaan yang terbiar dan rosak bagi menangani masalah lambakan kereta yang tidak lagi digunakan. Di UAE, 11 000 kenderaan kini diproses setiap bulan kerana tidak lagi diperlukan. Sebelum ini kenderaan lama dan terbiar diexport ke negara dunia ketiga sebagai kereta terpakai dan sumber barang ganti. Tetapi tahun ini UAE membina tapak kitaran semula kenderaan lama di Sharjah bagi menggunakan semula barangan yang boileh dikitar semula. Ini adalah antara langkah UAE untuk menjadikan negara mereka lebih hijau.
Langgan:
Catatan (Atom)