Pelik! Benarkah Cawan Ini Boleh Dimakan?
Bagi sesetengah golongan lelaki adakalanya agak liat untukmembasuh cawan selepas minum secawan air kopi mahupun teh. Namun masalah itu boleh diatasi sekiranya mereka boleh mendapatkan set cawan biskut yang mana ia boleh dimakanbegitu sahaja. Cawan biskut atau lebih dikenali sebagai “The Cookie Cup” ini telah direka oleh seorang pereka yang berasal dari Venezuela iaitu Enrique Luis Sardi dengan usaha sama sebuah syarikat kopi Itali, Lavazza.
Cawan Biskut ini diperbuat daripada pastri yang disalut dengan gula aising, yang berfungsi sebagai penebat yang menjadikancawan tersebut kalis air seterusnya membolehkan anda menggunakan cawan tersebut untuk mengisi air kopi. Cawan Biskut telah berjaya mengutip ratusan anugerah dalam bidang Ekologi, Pemasaran, Strategi Perniagaan dan Sektor Reka Bentuk
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan