Isnin, 28 Januari 2013

gambar messi dan c.r

PERBEZAAN AIR MINERAL DAN AIR MINUMAN


PERBEZAAN AIR MINERAL DAN AIR MINUMAN


Kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua macam mana hendak membezakan antara air mineral semulajadi dan air minuman yang disuling. Ramai yang keliru dengan perbezaan jenama air mineral yang berada dipasaran. Saya sendiri pada mulanya tidak tahu mana satu hendak dipilih. Cuma saya ada beberapa jenama yang menjadi kegemaran saya berdasarkan deria rasa dihujung lidah saya.


Air mineral yang 'sedap' diminum itulah menjadi pilihan saya kerana pada mulanya saya menganggap semua air mineral mengandungi kandungan mineral yang sama. Tetapi itu bukannya cara yang baik untuk memilih air mineral. Bayangkanlah jika air yang berisipadu 1500ml dijual dengan RM2.00 padahal pengilang air tersebut hanya mengambil air paip dan membotolkannya sebagai air mineral. Tentu wang yang anda belanjakan tidak berbaloi.

Sebelum itu, anda harus tahu apakah itu air mineral dan air minuman yang saya maksudkan. Air mineral adalah air yang diperolehi dari bawah tanah, dipam naik dan akan melalui proses penyulingan. Kemudian, air itu akan dibotolkan. Air ini mengandungi beberapa sumber mineral dari dalam tanah. Proses penyulingan ini akan memalui beberapa langkah bertujuan untuk membuang kuman dan bahan-bahan asing. Ianya boleh dikenali dengan warna PENUTUP BOTOL YANG BERWARNA (biru, hijau atau warna lain selain warna putih).

AIR MINERAL



AIR MINUMAN



Manakala, air minuman pula adalah air paip yang disuling. Dalam proses penyulingan beberapa elemen mineral ditambah pada air paip. Setelah menjalani proses pembersihan untuk menghilangkan bakteria dan bahan kimia dalam air, kandungan mineral juga turut berkurangan. Ianya boleh dikenali dengan warna PENUTUP YANG BERWARNA PUTIH.

Ini adalah perbezaan yang telah dipersetujui oleh semua pembekal dan persatuan pembuat air botol minuman di Malaysia. Sekiranya ada botol air minuman lain selain yang berada dipasaran, misalnya air minuman Syarikat MLM DCL tu, itu berkemungkinan lain sebab ianya ditambahkan dengan Oksigen. Lagipun, syarikat ni menjual alat penapis untuk menghasilkan air minuman tersebut kan. Belum mencubanya tetapi ada yang cakap bagus.

Bagaimana pula dengan air minuman RO atau Reverse Osmosis? Jika dibotolkan, penutupnya adalah berwarna putih cuma yang membezakannya dengan air minuman suling ialah tertera pada botol RO Water atau Air Osmosis Berbalik. Kalau anda menggunakan mesin air minum reverse osmosis dirumah, saya lebih mengesyorkan penggunaan mesin ini Ianya ebih terjamin kerana anda sendiri yang menyelenggaranya.

Walaubagaimanapun, terpulang kepada anda memilih air minuman yang anda minum..sekadar berkongsi pengetahuan dengan semua. Pilihlah dengan bijak.
 

7 Negara Yang Mempunyai Kelajuan Internet Paling Pantas


7 Negara Yang Mempunyai Kelajuan Internet Paling Pantas


Ni antara 7 negara yang mempunyai kelajuan internet paling pantas .. perhh memang masyukk la law laju macam negara korea ni.. dipetik dari facebook






1. Switzeland
Sebuah negara Eropah yang terkenal dengan jam yang mempunyai kualiti ini mempunyai kepantasan capaian pada purata 7.3 Mbps.Pada kelajuan sebegini ianya cukup pantas walhal pengguna internet berada dalam lingkungan 5.8 juta pengguna

2. Republik Czech
Republic Czech memiliki kepantasan capaian internet pada purata kelajuan 7.4 Mbps dan ianya sebuah negara yang cukup maju dalam aktiviti perhubungan kerana negara ini mempunyai pelanggan Wi Fi terbanyak di Eropah

3. Latvia
Walaupun ia adalah sebuah negara yang kecil namun penduduk negara ini berpuas hati dengan kelajuan internetnya dan menurut Akamai kelajuan internetnya pada sekitar purata 8.2 Mbps

4. Belanda
Adalah tidak menghairankan bagi sebuah negara maju seperti Belanda yang lebih di kenali dengan negara Kincir Angin dengan purata 8.5Mpbps.Kebanyakan penduduk di Belanda mempunyai akses kepada Internet iaitu pada sekitar 92%.

5. Jepun
Negara yang di kenali dengan pelbagai gelaran seperti Negara Matahari terbit dan ada juga menggelarnya Negara Sakura memang terkenal dengan kemajuan teknologinya dan bukanlah sesuatu yang menghairankan jika mereka juga mempunyai kelajuan internet pada sekitar 8.9 Mbps
6. Hong Kong

Negara yang merupakan sebuah negara bekas Wilayah China ini mempunyai pengguna internet sekitar 4.9 juta.Dan rakyat Hong Kong ternyata mereka pasti berpuas hati dengan kelajuan internet pada sekitar 10.3 Mbps

7. Korea
Rakyat di negara Korea pasti berbangga kerana mereka adalah negara yang mempunyai kelajuan internet yang paling pantas.Dengan kemudahan internet yang disediakan kerana kelajuan internet di sini cukup mengkagumkan iaitu pada sekitar 13.8 Mbps



KENAPA LALAT SUSAH DIPUKUL?


KENAPA LALAT SUSAH DIPUKUL?



Ramai diantara kita yang merasa bosan dengan binatang kecil bernama lalat ini. 


Lebih-lebih lagi dengan kitaran hidupnya yang lincah apabila anda hendak memukulnya. 

Pastinya akan membuat anda akan semakin bosan dan hamun bukan? Namun pernahkah anda merasa ingin tahu dan ingin mengetahui alasan mengapa lalat susah dipukul atau ditangkap?

Seorang saintis bernama Dickinson mengaku telah mempunyai jawapan atas soalan tersebut. 

Ia mengatakan bahawa sekarang ia telah mempunyai jawapannya. 

Dickinson yang juga melakukan kajian bersama Esther M dan Abe M Zarem mendedahkan bahawa ia telah menemui rahsia tersebut setelah melakukan beberapa pengintipan dengan cara merakam manuver atau gerakan sejumlah lalat yang hendak dipukul dengan menggunakan kamera digital canggih yang boleh merakam benda kecil dan mikroskopik dengan kelajuan dan resolusi tinggi.

Penyelidikan yang mereka hasilkan mendapati bahawa lalat dapat mengenali ancaman dengan cepat berdasarkan lokasi ancaman. 

Otaknya akan langsung akan mengira dengan cepat seberapa jauh ancaman terhadap dirinya sebelum memutuskan untuk mengepakkan sayap dan terbang. 

Setelah ia meramalkan arah ancaman, kemudian kakinya bertumpu untuk terbang ke arah yang berlawanan. 

Semua persiapannya untuk segera melarikan diri boleh dilakukan serangga ini dengan sangat cepat, iaitu hanya memerlukan masa 100 milisaat (1/100 dari 1 detik) selepas ia mengesan adanya ancaman bahaya.

“Perkara tersebut amat luar biasa kerana membuktikan begitu cepatnya otak lalat untuk dapat memproses maklumat deria yang kemudian menjadi respons gerakan yang hampir menyerupai gerakan refleks,” ujar Dickinson.

Bahkan, lalat mampu menetapkan bentuk tubuhnya bersesuaian ancaman. 

Perkara ini menjelaskan bahawa lalat telah mengintegrasikan dengan sangat baik antara maklumat visual yang diterima dari mata dan maklumat metasensorik di kakinya. 

Penemuan ini memberi petunjuk lebih dalam mengenai sistem saraf lalat dan membuktikan bahawa di otak seekor lalat terdapat suatu sistem pemetaan posisi ancaman yang sangat kompleks dan berlangsung sangat cepat.

“Ini adalah sebuah bentuk transformasi rangsangan yang kemudian menjadi gerakan yang kompleks dan kajian kami selanjutnya adalah berusaha untuk mencari bahagian otak yang menguruskannya,” ujarnya.

Berdasarkan hasil penyelidikan yang dijalankan tersebut, Dickinson juga memberikan tips mudah untuk memukul serangga ini. 

Ia menyarankan bahawa saat yang paling berkesan untuk memukul lalat adalah bukan pada saat kedudukannya siap terbang. 

Perkara tersebut kerana masa yang diperlukan oleh gerakan tangan sewaktu terangkat hingga saat gerakan memukul tentunya memerlukan waktu yang relatif lama dan lebih dari 100 milisaatdan biasanya sungguh sukar bagi manusia untuk dapat melakukan pukulan yang tepat denganwaktu 1/100 saat.

Ahad, 27 Januari 2013

SERIUS : KILANG TERBAKAR MENJADI BEKU SELEPAS DISIRAM OLEH BOMBA


SERIUS : KILANG TERBAKAR MENJADI BEKU SELEPAS DISIRAM OLEH BOMBA


ERIUS : KILANG TERBAKAR MENJADI BEKU SELEPAS DISIRAM OLEH BOMBA | Sebuah kilang yang tidak digunakan lagi di Chicago telah terbakar. Sekumpulan 170 orang bomba telah datang untuk memadamkan api. Well, apa akan terjadi sekiranya kebakaran berlaku semasa musim salji?










kapal terbang pelik

01

02

03

04

05

06

07

gambbar keluarga mr bean dan rumah dia

http://www.kakiheboh.com/gambar-keluarga-mr-bean/#.UQUpir9thPg

bukak page ni kalau nak tengok

me yang menghina islam

https://www.facebook.com/nurish.network?sk=app_282187058568868

buka page ni

Sabtu, 26 Januari 2013

SIAPAKAH LELAKI DI SEBALIK MASKOT ALONG?


SIAPAKAH LELAKI DI SEBALIK MASKOT ALONG?


artis.my Siapa lelaki di sebalik maskot rancangan ALONG zaman kanak kanak dahulu?


Bagi yang lahir tahun 80-an dan 90-an pasti familiar dengan rancangan kanak-kanak ALONG. Tipu’lah kalau kata tak tahu rancangan apa ni. Silap-silap berebut remote TV nak tengok rancangan ni.

Menerusi rancangan ini, Along mempunyai dua orang adik iaitu Angah dan Achik. Setiap kali rancangan ini nak bermula, mesti semua dah awal-awal ready depan TV sambil tunggu Siti Sifir keluar menyanyikan lagu sifir’nya. Haha.
Memang terkenal rancangan ini. Tapi agaknya ramai yang tak tahu siapa sebenarnya yang memegang watak sebagai Along ketika rancangan itu kan?
Terkejut tak kalau kami kata lelaki di sebalik maskot Along adalah tak lain tak bukan pelakon yang terkenal dengan filem Istanbul Aku Datang, Beto Kushairy. Percaya?

artis.my Siapa lelaki di sebalik maskot rancangan ALONG zaman kanak kanak dahulu?

artis.my Siapa lelaki di sebalik maskot rancangan ALONG zaman kanak kanak dahulu?

artis.my Siapa lelaki di sebalik maskot rancangan ALONG zaman kanak kanak dahulu?Siapa sangka ALONG adalah Beto. Di Wikipedia profil Beto sendiri tidak ada menulis tentangnya. Isteri Beto, Tisha ketika ditemubual media juga mengakui perkara tersebut.
Menurut Tisha, walaupun terpaksa memakai kostum yang berat dan panas, hampir 3 tahun juga suaminya menjayakan program berkenaan. Dia (Beto) pada ketika itu seronok kerana penonton tidak tahu siapa di sebalik kostum berkenaan, justeru boleh membuat pelbagai gelagat di hadapan penonton tanpa rasa segan.
Sempena meraikan penemuan ini, apa kata kita dengarkan semula lagu tema rancangan ALONG untuk kembalikan nostalgia silam ini. Haha.
Click Here

Rabu, 23 Januari 2013

Fakta Berkaitan Siri Televisyen Teletubbies


Fakta Berkaitan Siri Televisyen  Teletubbies


 

Berkemungkinan kanak-kanak zaman sekarang ramai yang tidak mengetahui tentang siri Teletubbies ini. Mungkin pada awalnya kita menyangka penggambaran siri ini di buat dalam sebuah studio, tapi sebenarnya Teletubby-land terletak di tengah-tengah sebuah kawasan ladang yang dinamakan Sweet Knowle, di luar bandar Warwickshire, England. Boleh lihat gambar di bawah ini.



Orang yang memainkan peranan penting di sebalik kostum alien-alien comel ini ialah. Simon Shelton sebagai Tinky Winky, John Simmit sebagai Dipsy, Nikky Smedley sebagai Laa-Laa dan Pui Fan Lee sebagai Po Tinggi sebenar Tinky-Winky hampir mencecah 10 kaki, manakala Dipsy (9 kaki), Laa-Laa (8kaki 6 inci) dan Po (6 kaki 6 inci). Untuk menghasilkan ilusi, penggambaran siri televisyen ini memastikan segala objek yang digunakan akan diskalakan mengikut kesesuaian dunia dunia Teletubbies.





Cool : Inilah Dia Burger Paling Pedas Di Dunia (5 Gambar)


Cool : Inilah Dia Burger Paling Pedas Di Dunia (5 Gambar)

Burger ini dibuat dari cili paling pedas di dunia, dan hanya untuk orang dewasa yang mesti memakai sarung tangan pelindung untuk memakannya. Burger yang dinamakan Fallout ini dihasilkan oleh Naga Bhut Jolokia dan Bonnet Scotch dan ianya 40 kali lebih pedas daripada sos tabasco asal.


Restoran Atomic Burger di Bristol meletakkan burger mega pedas pada menu dan meminta pelanggan untuk menandatangani butir pengesahan dan membuktikan mereka lebih 18 tahun. Mereka juga dinasihatkan untuk memakai sarung tangan pelindung sebelum mereka mula memakan Fallout.







Jumaat, 11 Januari 2013

Kreatif : Kereta Sports Diperbuat Daripada LEGO (12 Gambar)Kreatif : Kereta Sports Diperbuat Daripada LEGO (12 Gambar)

Kreatif : Kereta Sports Diperbuat Daripada LEGO (12 Gambar) 

 

Kereta Sports Diperbuat Daripada LEGO.
Guna LEGO pun boleh hasilkan kereta yang begitu mantap!

 

 


30 Fakta Tentang Buah-Buahan Yang Sangat Cool

30 Fakta Tentang Buah-Buahan Yang Sangat Cool 

 Sebelum ini kami banyak menulis fakta-fakta menarik. Post kali ini kami ingin kongsikan trivia atau fakta menarik tentang buah-buahan pula. Semua fakta ini diambil daripada game Fruit Ninja dan diterjemah oleh kami sendiri.

 

 FruitNinja game for Iphone                                             Semangat main game untuk artikel ini1. 

 

 

Kajian tentang pertumbuhan epal dipanggil pomology

2. Orang yang ada alahan tehadap getah (latex) mungkin juga akan alah dengan buah kiwi

3. Buah lemon diberikan pada tentera British untuk mengelakkan penyakit scurvy (kekurangan vitamin c)

4. Terdapat lebih 400 jenis buah kiwi di China

5. trawberry tergolong dalam keluarga bunga ros

6. Jika anda memanaskan buah lemon sebelum memerahnya, ia akan menghasilkan lebih banyak jus

7. Terdapat lebih 20 billion kelapa yang dihasilkan setiap tahun

8. 1/3 daripada buah nenas yang terdapat di dunia dihasilkan di Hawaii

9. California menghasilkan 1 billion pound strawberry setiap tahun

10. buah plum Jepun sebenarnya berasal dari negara China

11. Sebatang pokok epal mampu berbuah sehingga 100 tahun

12. Terdapat lebih 1200 jenis tembikai yang tumbuh seluruh dunia dalam 96 negara

13. Orang biasa secara puratanya makan lebih kurang 65 biji epal setahun

14. Buah pear akan menghasilkan titik hitam jika disimpan dalam persekitaran yang kurang oksigen

15. Pokok lemon yang matang mampu menghasilkan diantara 1000 hingga 2000 buah setahun

16. Buah plum tumbuh dalam semua benua di dunia kecuali Antartika

17. Bahagian dalam kulit pisang boleh digunakan untuk mengilatkan kasut kulit

18. Limau nipis bebas daripada kandungan lemak, lemak tepu, natrium dan kolestrol

19. Kebanyakkan vitamin C yang ada pada buah pear terdapat pada kulit buah tersebut

20. Mangga mempunyai kandungan vitamin C yang sama banyak dengan buah oren

24. Anda boleh menggosok bahagian dalam kulit pisang pada kulit untuk merawat gatal-gatal akibat gigitan nyamuk

22. Lebih banyak mangga dimakan setiap hari seluruh dunia berbanding buah lain

23. Terdapat lebih kurang 10,000 jenis buah epal yang tumbuh di seluruh dunia

24. Lemon mempunyai lebih banyak kandungan gula berbanding strawberry

25. Tambahkan setengah cawan jus lemon pada cucian anda untuk mendapat cucian yang lebih putih berseri

26. Pisang mempunyai kandungan vitamin B-Complex yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf

27. Buah pear mampu kekal hidup pada suhu serendah -40 darjah celcius

28. Jika anda menanam sebiji benih buah oren, anda mungkin akan mendapat lebih daripada sebatang pokok

29. Mangga tergolong dalam keluarga yang sama dengan poison ivy

30. 25% daripada kandungan buah epal adalah udara. Sebab itu ia terapung di atas permukaan air



Hahaha cuba teka berapa lama masa yang kami ambil untuk main game fruit ninja ni dan dapatkan fakta buah-buahan ini semua. Ada banyak lagi fakta-fakta menarik sebenarnya, kalau nak tahu sila download dan main sendiri game fruit ninja hehehe

iklan