Isnin, 31 Disember 2012

Hantu Untuk Dijual sangat Seram!

ghost in a box


Hantu hidup untuk dijual, dikurung dalam kotak, nak beli? Hubungi 1-300-400-500 ha ha ha ha (gelak gaya hantu!) ;p.

bila avengers lapar 2

Hahaha, video terbaru Faradyable [Bila Avengers Lapar 2]... confirm gelak! Jom tengok kat sini kalau tak percaya


Info : Kenapa Spender Lelaki Dijual Dalam Kotak, Perempuan Berselerak? (InfoGraphic)


Info : Kenapa Spender Lelaki Dijual Dalam Kotak, Perempuan Berselerak? (InfoGraphic)

Nak tau tak kenapa spender lelaki dijual dalm kotak tapi yang perempuan dijual secara gantung atau longgok? hehe.. Jom tengok karya kreatif admin blog loveydoveydoo.com kat bawah nih..

Apabila perempuan memilih seluar dalam.... 




Apabila lelaki memilih seluar dalam...




Lawak : [Video] Apabila Berita Malaysia Masuk Rancangan Ellen DeGeneres Show


Lawak : [Video] Apabila Berita Malaysia Masuk Rancangan Ellen DeGeneres Show


Tak tau nak rasa bangga or malu. Tapi yang penting, Ellen tak tau pun bahasa apa yang kita guna. LOL..


               







Rabu, 26 Disember 2012

nfo : Asal-Usul Mee Segera (4 Gambar)


nfo : Asal-Usul Mee Segera (4 Gambar)


Mi segera adalah mi separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam di dalam air panas antara 3 hingga 5 minit. Bungkusan perencah selalunya disertakan di dalam setiap bungkusan mi segera. Mi segera juga boleh dimakan secara mentah kerana mi segera sebenarnya sudah pun dimasak di kilang, biasanya dengan menggoreng.Mi segera berasal daripada versi segera bagi masakan Jepun iaitu ramen.


Idea mi segera sudah pun berakar umbi sejak dari zaman Dinasti Qing di China, di mana mi yimian digoreng, membolehkannya disimpan dalam jangka masa yang lama serta disediakan dengan cepat. Serupa juga, "mi benang ayam" (mi halus yang digoreng dan dihidangkan dengan air panas serta pilihan telur) boleh didapati di China dan Taiwan sejak Dinasti Qing.




Momofuku Andō

Mi segera moden dicipta di Jepun oleh usahawan Jepun berketurunan Taiwan, Momofuku Andō (安藤百福), pengasas syarikat Nissin Foods, salah satu pengeluar mi segera terbesar hari ini. Mi keluarannya direbus dengan perencah, digoreng dengan minyak sawit untuk membuang kelembapan, kemudiannya dikeringkan untuk membentuk gumpalan mi. Kaedah pengawetan lain sudah pun dicuba, seperti pengawetan dengan garam dan asap tetapi Andō membuat kesimpulan bahawa minyak sawit adalah yang paling berkesan.

Pada tahun 1958, Nissin melancarkan mi segera pertama di dunia, Chikin Ramen (ramen segera berperisa ayam) di Osaka. Satu lagi pencapaian telah diperolehi pada tahun 1971 apabila Nissin memperkenalkan mi cawan, mi segera di dalam bekas styrofoam kalis air yang boleh digunakan untuk memasak mi. Inovasi seterusnya termasuklah menambah sayur-sayuran kering di dalam cawan, sehingga terciptanya hidangan sup lengkap.




Mi sup daging segera Taiwan di dalam mangkuk styrofoam dengan bungkusan daging kedap udara (yang sudah dibuka).

Menurut satu undian Jepun pada tahun 2000, mi segera menjadi ciptaan Jepun paling penting sepanjang abad. Karaoke menduduki tempat kedua, manakala cakera padat hanya menduduki tempat kelima. Setakat tahun 2005, lebih kurang 85 bilion hidangan mi segera dimakan di seluruh dunia setiap tahun.


C


hina memakan 44 bilion bungkus mi segera setahun, atau 51% daripada jumlah di seluruh dunia, Indonesia memakan 12 bilion, Jepun 5.4 bilion. Secara per kapita, rakyat Korea Selatan paling banyak memakan mi segera iaitu 69 bungkus/seorang setahun.




Mi segera bukan sahaja popular di kalangan pelajar universiti malah boleh digunakan sebagai kayu pengukur tahap ekonomi. Pada tahun 2005, Indeks Mama Noodles dilancarkan bagi menunjukkan jumlah jualan mi segera jenama Mama, pengeluar terbesar di Thailand. Indeks menjadi setabil sejak Krisis Kewangan Asia Timur, tetapi jualan meningkat sebanyak 15% dalam 7 bulan pertama tahun 2005, yang dianggap sebagai petanda kemelesetan ekonomi. Rakyat tidak mampu membeli makanan yang lebih mahal, sekaligus mendorong kepada peningkatan jualan ramen.

Isnin, 10 Disember 2012

Makna Disebalik Papan Tanda Di Jalan Raya


Assalamualaikum..
Tanda-tanda amaran di jalan raya memang penting kepada pemandu contohnya kalau ada tanda kawasan licin mesti pemandu akan memperlahankan kenderaan diorang. Tapi tahukah korang ada maksud @ makna tersembunyi di sebalik tanda2 tue. He3, sekadar hiburan...


































Apa komen korang tentang gambar ini ? Gambar sekadar hiasan , jangan TERPEDAYA ! Hahahahahaha

Rahsia KFC Yang Hanya Diketahui Dua Orang Sahaja Di Muka Bumi

Rahsia Yang Hanya Diketahui Dua Orang Sahaja Di Muka Bumi

Rahsia Yang Hanya Diketahui Dua Orang Sahaja Di Muka Bumi - Dalam dunia ini ada beberapa rahsia sulit yang hanya dipegang oleh beberapa orang sahaja, atau dalam kes yang ingin diceritakan di sini, hanya dua orang. Ya, dalam lebih kurang 7 billion manusia di dunia, dua manusia sahaja yang mengetahui rahsia sulit ini. Apakah dia? Rahsia ketenteraan Amerika? Konspirasi perbankan yahudi? Tidak.
Ianya adalah resipi makanan yang mungkin anda selalu makan.
KFC.
Kedengaran pelik kan? Tapi itulah hakikatnya.
KFC mula diperkenalkan oleh Colonel Sanders, pakcik beruban berjanggut putih yang mungkin anda memang dah selalu nampak muka dia ditempek di mana-mana, pada tahun 1930. Resipi gabungan 11 jenis herba dan rempah ratus untuk menggoreng ayam beliau itu menjadikan perniagaannya sangat famous dan berjaya hinggalah ke hari ini.
Tapi apa yang menjadikannya sangat istimewa adalah resipi rahsia beliau yang dikawal dan dijaga sangat ketat, hanya dua orang executives yang bekerja di situ sahaja yang menyimpan rahsia tersebut. Salinan resipi asal yang ditandatangan oleh Colonel Sanders sendiri disimpan di dalam satu ibu pejabat, bersama-sama dengan 11 botol yang mengandungi herba dan rempah ratus rahsia. Untuk menyulitkan lagi rahsia tersebut terpecah, campuran herba dan rempah tersebut pula dicampur di tiga lokasi berbeza di Amerika.
Hanya dua orang executives yang mengetahui resipi lengkap tersebut manakala executive ketiga pula menyimpan maklumat nombor peti besi di mana resipi itu disimpan. Tidak ramai pekerja KFC yang mengenali identiti ketiga-tiga orang tersebut. Ketiga-tiga orang itu pula tidak dibenarkan berada dalam kapal terbang atau kereta yang sama untuk tujuan keselamatan.
Tapi itu tidak cukup lagi. Untuk menambahkan effect seperti Plankton yang ingin mencuri resipi rahsia Crabby Patty dari Mr Crab macam dalam kartun Spongebob, resipi tersebut disimpan di dalam ibu pejabat yang kawalan keselamatannya menyamai bank-bank terkemuka dunia.
Untuk itu, KFC telah mengupah Bo Dietl, seorang pakar penyiasat yang pernah bekerja untuk Donald Trump, Geoge Bush dan keluarga diraja Arab Saudi untuk menjaga keselamatan resipi tersebut. Langkah-langkah yang diambil, menurut beliau:
“Kami memperkukuh siling dan lantai ibu pejabat ini dengan batu-bata konkrit setebal dua kaki. Kami juga memasang CCTV pengesan gerakan yang disambungkan pada bahagian keselamatan. Mereka (KFC) mempunyai pengawal bersenjata yang berjaga 24 jam di tingkat bawah, jadi dalam masa 30 saat jika berlaku apa-apa mereka boleh sampai ke peti besi tersebut. Untuk masuk, anda memerlukan dua orang yang memegang dua kunci dan dua nombor pin berbeza. Peti keselamatan tersebut dipasang dengan bolt pada bahagian lantai dan tiada sesiapa yang mampu lepas masuk tanpa pengetahuan kami.”

iklan