Isnin, 31 Disember 2012
Hantu Untuk Dijual sangat Seram!
Hantu hidup untuk dijual, dikurung dalam kotak, nak beli? Hubungi 1-300-400-500 ha ha ha ha (gelak gaya hantu!) ;p.
bila avengers lapar 2
Hahaha, video terbaru Faradyable [Bila Avengers Lapar 2]... confirm gelak! Jom tengok kat sini kalau tak percaya
Info : Kenapa Spender Lelaki Dijual Dalam Kotak, Perempuan Berselerak? (InfoGraphic)
Info : Kenapa Spender Lelaki Dijual Dalam Kotak, Perempuan Berselerak? (InfoGraphic)
Nak tau tak kenapa spender lelaki dijual dalm kotak tapi yang perempuan dijual secara gantung atau longgok? hehe.. Jom tengok karya kreatif admin blog loveydoveydoo.com kat bawah nih..
Apabila perempuan memilih seluar dalam....
Apabila lelaki memilih seluar dalam...
Lawak : [Video] Apabila Berita Malaysia Masuk Rancangan Ellen DeGeneres Show
Lawak : [Video] Apabila Berita Malaysia Masuk Rancangan Ellen DeGeneres Show
Tak tau nak rasa bangga or malu. Tapi yang penting, Ellen tak tau pun bahasa apa yang kita guna. LOL..
Rabu, 26 Disember 2012
nfo : Asal-Usul Mee Segera (4 Gambar)
nfo : Asal-Usul Mee Segera (4 Gambar)
Mi segera adalah mi separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam di dalam air panas antara 3 hingga 5 minit. Bungkusan perencah selalunya disertakan di dalam setiap bungkusan mi segera. Mi segera juga boleh dimakan secara mentah kerana mi segera sebenarnya sudah pun dimasak di kilang, biasanya dengan menggoreng.Mi segera berasal daripada versi segera bagi masakan Jepun iaitu ramen.
Idea mi segera sudah pun berakar umbi sejak dari zaman Dinasti Qing di China, di mana mi yimian digoreng, membolehkannya disimpan dalam jangka masa yang lama serta disediakan dengan cepat. Serupa juga, "mi benang ayam" (mi halus yang digoreng dan dihidangkan dengan air panas serta pilihan telur) boleh didapati di China dan Taiwan sejak Dinasti Qing.
Momofuku Andō
Mi segera moden dicipta di Jepun oleh usahawan Jepun berketurunan Taiwan, Momofuku Andō (安藤百福), pengasas syarikat Nissin Foods, salah satu pengeluar mi segera terbesar hari ini. Mi keluarannya direbus dengan perencah, digoreng dengan minyak sawit untuk membuang kelembapan, kemudiannya dikeringkan untuk membentuk gumpalan mi. Kaedah pengawetan lain sudah pun dicuba, seperti pengawetan dengan garam dan asap tetapi Andō membuat kesimpulan bahawa minyak sawit adalah yang paling berkesan.
Pada tahun 1958, Nissin melancarkan mi segera pertama di dunia, Chikin Ramen (ramen segera berperisa ayam) di Osaka. Satu lagi pencapaian telah diperolehi pada tahun 1971 apabila Nissin memperkenalkan mi cawan, mi segera di dalam bekas styrofoam kalis air yang boleh digunakan untuk memasak mi. Inovasi seterusnya termasuklah menambah sayur-sayuran kering di dalam cawan, sehingga terciptanya hidangan sup lengkap.
Mi sup daging segera Taiwan di dalam mangkuk styrofoam dengan bungkusan daging kedap udara (yang sudah dibuka).
Menurut satu undian Jepun pada tahun 2000, mi segera menjadi ciptaan Jepun paling penting sepanjang abad. Karaoke menduduki tempat kedua, manakala cakera padat hanya menduduki tempat kelima. Setakat tahun 2005, lebih kurang 85 bilion hidangan mi segera dimakan di seluruh dunia setiap tahun.
C
hina memakan 44 bilion bungkus mi segera setahun, atau 51% daripada jumlah di seluruh dunia, Indonesia memakan 12 bilion, Jepun 5.4 bilion. Secara per kapita, rakyat Korea Selatan paling banyak memakan mi segera iaitu 69 bungkus/seorang setahun.
Mi segera bukan sahaja popular di kalangan pelajar universiti malah boleh digunakan sebagai kayu pengukur tahap ekonomi. Pada tahun 2005, Indeks Mama Noodles dilancarkan bagi menunjukkan jumlah jualan mi segera jenama Mama, pengeluar terbesar di Thailand. Indeks menjadi setabil sejak Krisis Kewangan Asia Timur, tetapi jualan meningkat sebanyak 15% dalam 7 bulan pertama tahun 2005, yang dianggap sebagai petanda kemelesetan ekonomi. Rakyat tidak mampu membeli makanan yang lebih mahal, sekaligus mendorong kepada peningkatan jualan ramen.
Isnin, 10 Disember 2012
Makna Disebalik Papan Tanda Di Jalan Raya
Assalamualaikum..
Tanda-tanda amaran di jalan raya memang penting kepada pemandu contohnya kalau ada tanda kawasan licin mesti pemandu akan memperlahankan kenderaan diorang. Tapi tahukah korang ada maksud @ makna tersembunyi di sebalik tanda2 tue. He3, sekadar hiburan...
Apa komen korang tentang gambar ini ? Gambar sekadar hiasan , jangan TERPEDAYA ! Hahahahahaha
Rahsia KFC Yang Hanya Diketahui Dua Orang Sahaja Di Muka Bumi
Rahsia Yang Hanya Diketahui Dua Orang Sahaja Di Muka Bumi - Dalam dunia ini ada beberapa rahsia sulit yang hanya dipegang oleh beberapa orang sahaja, atau dalam kes yang ingin diceritakan di sini, hanya dua orang. Ya, dalam lebih kurang 7 billion manusia di dunia, dua manusia sahaja yang mengetahui rahsia sulit ini. Apakah dia? Rahsia ketenteraan Amerika? Konspirasi perbankan yahudi? Tidak.
Ianya adalah resipi makanan yang mungkin anda selalu makan.
KFC.
Kedengaran pelik kan? Tapi itulah hakikatnya.
KFC mula diperkenalkan oleh Colonel Sanders, pakcik beruban berjanggut putih yang mungkin anda memang dah selalu nampak muka dia ditempek di mana-mana, pada tahun 1930. Resipi gabungan 11 jenis herba dan rempah ratus untuk menggoreng ayam beliau itu menjadikan perniagaannya sangat famous dan berjaya hinggalah ke hari ini.
Tapi apa yang menjadikannya sangat istimewa adalah resipi rahsia beliau yang dikawal dan dijaga sangat ketat, hanya dua orang executives yang bekerja di situ sahaja yang menyimpan rahsia tersebut. Salinan resipi asal yang ditandatangan oleh Colonel Sanders sendiri disimpan di dalam satu ibu pejabat, bersama-sama dengan 11 botol yang mengandungi herba dan rempah ratus rahsia. Untuk menyulitkan lagi rahsia tersebut terpecah, campuran herba dan rempah tersebut pula dicampur di tiga lokasi berbeza di Amerika.
Hanya dua orang executives yang mengetahui resipi lengkap tersebut manakala executive ketiga pula menyimpan maklumat nombor peti besi di mana resipi itu disimpan. Tidak ramai pekerja KFC yang mengenali identiti ketiga-tiga orang tersebut. Ketiga-tiga orang itu pula tidak dibenarkan berada dalam kapal terbang atau kereta yang sama untuk tujuan keselamatan.
Hanya dua orang executives yang mengetahui resipi lengkap tersebut manakala executive ketiga pula menyimpan maklumat nombor peti besi di mana resipi itu disimpan. Tidak ramai pekerja KFC yang mengenali identiti ketiga-tiga orang tersebut. Ketiga-tiga orang itu pula tidak dibenarkan berada dalam kapal terbang atau kereta yang sama untuk tujuan keselamatan.
Tapi itu tidak cukup lagi. Untuk menambahkan effect seperti Plankton yang ingin mencuri resipi rahsia Crabby Patty dari Mr Crab macam dalam kartun Spongebob, resipi tersebut disimpan di dalam ibu pejabat yang kawalan keselamatannya menyamai bank-bank terkemuka dunia.
Untuk itu, KFC telah mengupah Bo Dietl, seorang pakar penyiasat yang pernah bekerja untuk Donald Trump, Geoge Bush dan keluarga diraja Arab Saudi untuk menjaga keselamatan resipi tersebut. Langkah-langkah yang diambil, menurut beliau:
“Kami memperkukuh siling dan lantai ibu pejabat ini dengan batu-bata konkrit setebal dua kaki. Kami juga memasang CCTV pengesan gerakan yang disambungkan pada bahagian keselamatan. Mereka (KFC) mempunyai pengawal bersenjata yang berjaga 24 jam di tingkat bawah, jadi dalam masa 30 saat jika berlaku apa-apa mereka boleh sampai ke peti besi tersebut. Untuk masuk, anda memerlukan dua orang yang memegang dua kunci dan dua nombor pin berbeza. Peti keselamatan tersebut dipasang dengan bolt pada bahagian lantai dan tiada sesiapa yang mampu lepas masuk tanpa pengetahuan kami.”
Isnin, 19 November 2012
Kronologi Sejarah Komputer
Setiap Benda Yang Dihasilkan Manusia Adalah Daripada Evolusi Ataupun Perkembangan Benda Tersebut. Lihat Sahaja Kapal Terbang, Kereta, Mentol Mahupun Makanan. Jom Baca Maklumat Lanjut
Setiap benda yang dihasilkan manusia adalah daripada evolusi ataupun perkembangan benda tersebut. Lihat sahaja kapal terbang, kereta, mentol mahupun makanan. Begitu juga halnya dengan sebuah komputer. Semua komputer hari ini adalah daripada evolusi tahun demi tahun, dekad demi dekad para pakar komputer untuk menghasilkan komputer yang lebih baik dan sempurna kepada para pengguna.
Setiap benda yang dihasilkan manusia adalah daripada evolusi ataupun perkembangan benda tersebut. Lihat sahaja kapal terbang, kereta, mentol mahupun makanan. Begitu juga halnya dengan sebuah komputer. Semua komputer hari ini adalah daripada evolusi tahun demi tahun, dekad demi dekad para pakar komputer untuk menghasilkan komputer yang lebih baik dan sempurna kepada para pengguna.
Pengenalan
Mengikut wikipedia, komputer pertama dicipta adalah pada pertengahan kurun ke – 20 ( sekitar tahun 1940 – 1945). Jika dikira sehingga sekarang (2008) lebih kurang 68 tahun usia komputer.
Komputer pertama dibina adalah sebesar ruang tamu rumah dan ada sesetengah pendapat mengatakan saiznya adalah sebesar rumah. Tujuan utama penciptaan komputer adalah sebagai alat bantu manusia terutamanya dalam penyimpanan data.
ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Computer) adalah komputer elektronik pertama di dunia dicipta pada tahun 1946 dan berakhir pada 1955. Dicipta oleh J. Presper Eckert and John Mauchly iaitu dua orang saintis dari University of Pennsylvania. Mereka berdua adalah saintis di School of Electrical of Electrical Engineering, University of Pennsylvania.
Tujuan utama penciptaan ENIAC adalah untuk Perang Dunia Ke-2. Digunakan oleh tentera-tentera Amerika sebagai alat utama mempercepatkan pemprosesan data bagi senjata perang.
Sinopsis ENIAC :
Tahun dicipta: 1946
Kebolehan : 5000 perlaksaan data/sesaat
Kuasa Elektrik Digunakan : 170 000 watts
Berat : 28 tan
Saiz : 80 inci lebar x 8 inci tinggi
Komponen :17840 tiub vakum,7200 diod kristal, 1500 geganti, 70 000 perintang, 10 000 kapasitor and around 5 juta pateri.
Nilai : Di anggarkan bernilai USD 480 000
Tujuan penciptaan : Kegunaan unit penembak untuk menentukan jarak serangan dengan mengambil kira pembolehubah seperti sudut senjata, keadaan persekitaran dan sebagainya. Tentera Amerika menggunakan semasa Perang Dunia Ke-2 menentang tentera Jerman.
ABQARI:Bayangkan bagaimana rupa bentuk komputer pertama di sunia. Dengan saiz yang besar dan mempunyai keupayaan terhad, tetapi dari penciptaan pertama ini menghasilkan evolusi komputer yang sempurna.
6 Punca Utama Virus Tersebar Di Komputer
Virus amat berbahaya kepada komputer lebih-lebih kepada fail berbentuk dokumen yang dianggap penting. Virus boleh tersebar dengan mudah melalui pelbagai cara antaranya melalui muat turun dan emel.
1. E-mel
Dengan membuka email sahaja, komputer anda boleh diserang virus, Spyware atau Malware. Terutamanya emel yang disertakan dengan attachment. Secara amnya, virus, spyware atau malware tidak boleh menyerang dengan hanya kita membaca emel sahaja. Ia akan menyerang dan menyelinap masuk ke komputer anda melalui “attachment” yang disertakan. Apabila anda membuka emel, maka virus tersebut akan aktif. Pastikan email tu penghantarnya dari orang yang anda kenali, kalau tidak kenali ‘delete’ terus. Namun sesetengah penyedia khidmat emel telah mempunyai fungsi mengimbas dan menyekat penularan virus melalui e-mail / “attachment”
1. E-mel
Dengan membuka email sahaja, komputer anda boleh diserang virus, Spyware atau Malware. Terutamanya emel yang disertakan dengan attachment. Secara amnya, virus, spyware atau malware tidak boleh menyerang dengan hanya kita membaca emel sahaja. Ia akan menyerang dan menyelinap masuk ke komputer anda melalui “attachment” yang disertakan. Apabila anda membuka emel, maka virus tersebut akan aktif. Pastikan email tu penghantarnya dari orang yang anda kenali, kalau tidak kenali ‘delete’ terus. Namun sesetengah penyedia khidmat emel telah mempunyai fungsi mengimbas dan menyekat penularan virus melalui e-mail / “attachment”
.
2. Download (muat turun)
Anda yang gemar memuat turun perisian percuma, lagu-lagu format mp3 secara percuma, fail video, gambar, permainan komputer percuma dan lain melalui Kazaa, Limewire, Warez atau laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan ‘download’ .Kemungkinan besar fail yang anda ‘download’ itu mempunyai virus, spyware dan malware. Sebaik-baiknya pastikan anda tidak “muat turun” sebarang jenis fail dari sumber yang meragukan ketulinan dan keselamatannya.
3. Klik Iklan
Sekarang ni banyak iklan yang diperkenalkan yang membuatkan anda teruja untuk mengklik pada iklan tersebut.Namun bukan semua iklan itu benar. Dengan hanya mengklik sahaja, komputer anda dalam bahaya. Ada iklan yang mempunyai pautan ke laman web yang mempunyai “skrip virus”. Pastikan anda sedar dan tahu laman web yang ingin dilawati. Juga pastikan alamat yang tertera pada iklan itu adalah sama dengan apa yang terpapar apabila “cursor” tetikus berada pada pautan tersebut
4. Memasang perisian yang mencurigakan
Memasang perisian seperti perisian aplikasi dan permainan yang tidak tahu asal usulnya. Pastikan pengeluar program – program ini dari pengeluar-pengeluar yang boleh dipercayai. Sebelum anda “download”, pastikan anda melihat komen-komen dari pengguna yang pernah menggunakan perisian tersebut bagi melihat pandangan dari pengguna internet yang lain.
4. Memasang perisian yang mencurigakan
Memasang perisian seperti perisian aplikasi dan permainan yang tidak tahu asal usulnya. Pastikan pengeluar program – program ini dari pengeluar-pengeluar yang boleh dipercayai. Sebelum anda “download”, pastikan anda melihat komen-komen dari pengguna yang pernah menggunakan perisian tersebut bagi melihat pandangan dari pengguna internet yang lain.
5. Melayari Laman Web Lucah
Kebanyakkan laman web lucah mengandungi banyak spyware dan juga malware. Kedua-duanya adalah sebagai pembuka laluan bagi virus untuk memasuki dan menyerang komputer anda. Jangan melayari laman web begini untuk mengelakkan jangkitan kepada komputer anda.
Kebanyakkan laman web lucah mengandungi banyak spyware dan juga malware. Kedua-duanya adalah sebagai pembuka laluan bagi virus untuk memasuki dan menyerang komputer anda. Jangan melayari laman web begini untuk mengelakkan jangkitan kepada komputer anda.
6. Perisian anti virus tidak dikemaskini (update)
Mengikut pengalaman saya ketika menerima komputer yang bermasalah dari pelanggan, didapati pelanggan saya itu tidak mengetahui sama ada anti virus mereka sudah dikemaskini atau tidak. Malah ada yang tidak ambil kisah mengenainya. Jika anti virus anda tidak mempunyai kemaskini definisinya, maka ianya mungkin tidak dapat “melawan” serangan virus yang sentiasa mempunyai variasi terbaru setiap hari…
Mengikut pengalaman saya ketika menerima komputer yang bermasalah dari pelanggan, didapati pelanggan saya itu tidak mengetahui sama ada anti virus mereka sudah dikemaskini atau tidak. Malah ada yang tidak ambil kisah mengenainya. Jika anti virus anda tidak mempunyai kemaskini definisinya, maka ianya mungkin tidak dapat “melawan” serangan virus yang sentiasa mempunyai variasi terbaru setiap hari…
Contohnya, pelanggan saya itu kebanyakkannya terdiri dari pada mahasiswa maha siswi universiti, kolej dan pusat latihan yang lain. Apabila masalah virus mengganggu “kerja kursus” mereka barulah mereka beria-ia ingin menyelesaikannya. Lebih teruk lagi kerja kursus yang perlu dihantar dalam beberapa hari lagi habis musnah dek kerana kesan jangkitan virus.
ABQARI:Semahal dan secanggih manapun sesebuah perisian anti virus yang dipasang di dalam komputer anda, ianya tidak bermakna jika tidak dikemaskini “definisi virusnya” dengan kerap.
Cristiano Ronaldo Jual Kasut Emas Sumbang Derma Kepada Palestin
Cristiano Ronaldo, Pemain bola sepak termahal di dunia yang sering dilabel dengan gelaran kaki perempuan yang sombong mengubah pandangan dunia terhadapnya apabila dia telah memberikan kasut emas yang dimenanginya kepada lembaga amal bagi membantu anak-anak Palestin.
Bekas pemain Manchester United itu yang kini bermain bersama kelab Real Madrid telah dilaporkan melelong kasut emas miliknya yang dimenangi pada tahun 2011 pada harga 1.4 juta euro. Wang hasil lelongan itu telah disumbangkan bagi membina beberapa buah sekolah yang hancur di sepanjang Tebing Gaza.
Sokongan Cristiano Ronaldo terhadap rakyat Palestin adalah signifikan dan pernah mengenakan skaf Free Palestin sebagai tanda sokong pembebasan Negara itu dan dikhabarkan juga pernah berkunjung ke tanah pendudukan Palestin sekitar tahun 2005-2007. Mari kita berdoa agar Cristiano Ronaldo mendapat hidayah memeluk agama islam. Jika beliau dikurniakan hidayah, nescaya peminat-peminatnya juga pasti turut mengikut jejak langkahnya.
KOMEN LA SIKIT!!!
Sabtu, 3 November 2012
Sampul surat yang menarik
Walaupun nampak mudah, tetapi untuk mengoyakkan Sampul Surat kadang-kadang menjadi satu masalah juga. Kadang-kadang secara tidak sengaja kita terkoyak isi surat itu sendiri. Ini merupakan satu cara menyelesaikan masalah secara kreatif dan inovasi.
~Pelbagai theme sampul surat seperti kereta , kapal terbang dan kereta api~
Menghasilkan effect yang menarik ketika dikoyakkan
Kelihatan seperti asap yang dihasilkan oleh kapal terbang
Gambar yang menarik untuk dicuba
Pelbagai warna yang boleh dipilih
Sampul surat boleh dibeli dalam bentuk koleksi
Rupa bentuk dalam sampul surat
Kreatif : "Lifestraw", Penapis Air Peribadi Yang Membunuh 99.99% Bakteria
LifeStraw merupakan sebuah water filter peribadi yg direka oleh Vestergaard Frandsen. Ia diberi gelaran "Best Invention of 2005" oleh Time magazine dan memenangi Saatchi & Saatchi Award 2008 untuk World Changing Ideas. Ia tidak menggunakan apa² bahan kimia dan tidak memerlukan bateri atau kuasa elektrik utk berfungsi.
Ia boleh digunakan selama 3 tahun dan boleh menapis sehingga 1000 liter. Ia boleh menapis sehingga 0.2 micron dan menghapuskan 99.9% bakteria. Ianya kini digunakan secara meluas di Afrika.
anak yang dilahirkan cacat menjadi canikbila dewasa
eorang bayi perempuan dilahirkan cacat pada mukanya
tetapi orang tua nya tidak mahu menyerah kalah dan terus berusaha dengan melakukan pembedahan kecantikkan selama 14 tahun dan telah menghabiskan setengah juta dolar untuk membuat pembedahan mukanya.Dan hasilnya sekarang gadis itu menjadi wanita yang cantik...
Jumaat, 2 November 2012
Kek Bumblebee Yang Sangat Cool
kami nak kongsikan cake bentuk transformers bumblebeeIa adalah seberat 2000 pound bersamaan dengan 907kg++ Berat giler
Besar tul Kek Bumblebee
Inilah chef yang sangat hebat Buddy Valastro
Menakjubkan!
Korang rasa kereta tu kek ke kereta real?
Besar tul Kek Bumblebee
Inilah chef yang sangat hebat Buddy Valastro
Menakjubkan!
Korang rasa kereta tu kek ke kereta real?
Langgan:
Catatan (Atom)